Skandal 1MDB-Tanore: Dokumen perjanjian pinjaman 1MDB-Good Star palsu

Mahkamah dimaklumkan bahawa 1MDB dan syarikat Jho Low, Good Star Ltd telah menandatangani perjanjian pinjaman pada Jan 2010.Berdasarkan dokumen yang dibentangkan sebagai bukti dalam perbicaraan, ia menunjukkan bahawa pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang telah menandatangani dokumen di mana 1MDB dikatakan sepakat untuk meminjamkan Good Star sejumlah AS$700 juta.
Image result for 1MDB dan Good Star LtdBagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa ia dokumen palsu, kerana bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa 1MDB tidak pernah berurusan dengan Good Star.
"Itu penipuan. Kami (1MDB) tidak pernah membuat apa-apa transaksi dengan Good Star," kata saksi.
Shahrol berkata Casey Tang menandatangani dokumen itu tanpa pengetahuannya sebagai CEO, atau memaklumkan lembaga pengarah 1MDB.
Shahrol berkata, jika perlu menerka, dokumen yang dikatakan perjanjian itu adalah percubaan penipuan oleh Jho Low dan sekutunya untu meyakinkan bank bahawa Good Star telah memperoleh wang secara sah.
Bekas CEO 1MDB berkata bahawa dia akan meletakkan jawatan di syarikat itu ika diberi peluang kedua memegang jawatan sama dan dihadapkan semula pelbagai dakwaan berhubung salah laku Jho Low dan bekas ketua pegawai kewangan Casey Tang.
Shahrol mengakui bahawa dia tidak tahu sama ada maklumat yang diberitahu Jho Low dan Tang dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi itu benar atau tidak, termasuk pemecahan AS$700 juta yang dikatakan untuk usahasama berkenaan.
Shafee: Jika diberi peluang untuk menjadi CEO lagi (untuk 1MDB), adakah anda akan menyemaknya?
Shahrol: Saya akan meletakkan jawatan serta-merta.
Shahrol bagaimanapun berkata dia sehingga hari ini masih percaya bahawa 1MDB adalah syarikat strategik untuk Najib.
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak menolak kemungkinan Jho Low memberi gambaran salah kepada Najib.
Shafee: Sekiranya CEO 1MDB yang profesional boleh diberi gambaran salah, anda setuju ada kemungkinan bahawa Jho Low memberi gambaran salah kepada Najib?
Shahrol: Ada kemungkinan.
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mengimbas sepintas lalu laporan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) berhubung syarikat itu.
Dia mendakwa ini kerana DOJ turut menuduh beliau bersubahat dalam pemindahan AS$700 juta 1MDB kepada syarikat Good Star milik Jho Low pada 2009.
Shahrol mendakwa bahawa DOJ juga tidak mempunyai maklumat lengkap, dan tiada sesiapa dari jabatan itu yang datang untuk bertanya kepadanya.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam pembelaan utama Muhammad Shafee Abdullah, mahkamah juga mendengar dari Shahrol bahawa dia digambarkan dalam laporan DOJ sebagai "1MDB Offical Number 2".
Beliau berkata bekas pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang pula digambarkan sebagai "1MDB Offical Number 2" dalam laporan itu.
Mahkamah mendengar bahawa AS$700 juta yang 1MDB sepatutnya bayar sebagai sebahagian daripada usahasama AS$1 bilion dengan Petrosaudi telah didepositkan kepada syarikat Good Star milik Jho Low.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam, bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendakwa bahawa ketika wang berkenaan dipindahkan pada tahun 2009, dia tidak tahu bahawa Good Star dimiliki oleh Jho Low.
Dia mengatakan bahawa wang tersebut dipindahkan ke akaun RBS Coutts Bank 11116073 (akaun Good Star) kerana Petrosaudi memaklumkan 1MDB bahawa akaun itu milik rakan niaga Petrosaudi.
Menurut Shahrol, salah seorang eksekutif Petrosaudi International, sama ada Patrick Mahoney atau Tarek Obaid, yang memaklumkan perkara itu.
Shahrol mendakwa bahawa dia hanya mengetahui tentang Good Star yang dimiliki oleh Jho Low apabila dia membaca mengenai perkara itu pada laporan media beberapa tahun kemudian.
Lembaga pengarah 1MDB tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecahkan AS$ 1 bilion oleh 1MDB, yang ditujukan untuk syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi (JVC), kepada AS$300 juta dan AS$700 juta, kata Shahrol.Saksi pendakwaan ke-9 itu mengesahkan perkara itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam pembelaan utama Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee: Lembaga pengarah hanya membenarkan satu jumlah penuh sekaligus untuk dibayar kepada syarikat JV dan sebagai balasan menerima 1 bilion saham. Siapa yang memutuskan untuk membahagikannya dan bertentangan dengan keputusan lembaga?
Shahrol: Saya telah bersetuju untuk memecahkannya dengan andaian ia boleh dilakukan, memandangkan Jho (Low) rapat dengan Najib dan semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 26 Sept, ketika itu, saya fikir: "Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan semuanya dalam keadaan baik." (Ketua pegawai kewangan 1MDB ketika itu) Casey (Tang) menasihatkan saya bahawa ia tak apa, (boleh dipecahkan) dan kami memaklumkan kepada lembaga pengarah tentangnya selepas itu.
Shafee: Persetujuan lembaga tidak diperoleh sebelum dipecahkan?
Shahrol: Ya.
Shafee: Apakah sukar mendapatkan  kebenaran lembaga pengarah?
Shahrol: Kekangan masa dan ia perlu diselesaikan segera.
Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa AS$700 juta wang itu dipindahkan kepada syarikat Jho Low, Good Star Limited.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu