Skandal 1MDB-Tanore: Jho Low seperti musang jaga ayam, kata peguam Najib
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Peguam Najib Razak hari ini menyifatkan ahli perniagaan yang
dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low sebagai musang yang diberi tugas menjaga
ayam.
Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika menyoal
balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim
Halmi semasa perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu, yang
memasuki hari ke-26.
Shahrol, yang muncul di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur sebagai saksi pendakwaan ke-9, berkata 1MDB pada tahun 2010
menghadapi masalah terhadap usaha sama dengan PetroSaudi Holdings
(Cayman) Ltd.
Shahrol memberitahu selepas mengadakan pertemuan
dengan Najib, yang ketika itu pengerusi penasihat lembaga 1MDB pada 16
Okt 2009, beliau bertemu Jho Low, mendapatkan minit mesyuarat antaranya
dengan Najib dan kembali kepada lembaga pengarah 1MDB.
Keterangan itu menimbulkan kemarahan Shafee, yang mengatakan ia seolah-olah meminta musang menjaga ayam.
Shafee: Adakah salah jika saya kata Jho Low adalah musang yang menjaga ayam? Shahrol: Saya
melihatnya sebagai pelancar kerja (facilitator) untuk Najib. Kini
seakan dia (Jho Low) juga melancarkan penyelewengan (wang) daripada
1MDB.
Untuk makluman, pada tahun 2009, pengurusan 1MDB menghadapi
masalah selepas ia memindahkan AS$ 700 juta ke akaun syarikat lain
sedangkan ia sepatutnya membayar jumlah yang sama kepada Petrosaudi
International.
Bayaran itu bertujuan menyelesaikan hutang yang
dilakukan syarikat usaha sama mereka yang dipanggil sebagai
1MDB-Petrosaudi Ltd, yang dikatakan hasil suntikan aset daripada
Petrosaudi.
Shahrol sebelum ini memberi keterangan bahawa
Petrosaudi memaklumkan kepada 1MDB bahawa akaun RBS Coutts Bank adalah
milik anak syarikat Petrosaudi.
Bagaimanapun, ini dibuktikan
sebagai pembohongan apabila Shahrol kemudian mengetahui akaun itu
sebenarnya milik Good Star Ltd, yang merupakan syarikat yang dimiliki
oleh Jho Low. Saksi setuju salah ikut arahan Najib
Sementara
itu, ketika perbicaraan, mahkamah turut mendengar pengakuan Shahrol
bahawa adalah salah baginya mengikut arahan Najib dalam menerajui
syarikat itu.
Pengakuan itu dibuat selepas sesi soal jawab yang
panas antara Shafee dan saksi berkenaan, apabila peguam berkenaan
memberi tekanan terhadap tugas fidusiari Shahrol dalam syarikat itu.
Shafee
berkata, tidak ada mana-mana peruntukan dalam Memorandu dan Artikel
Penubuhan 1MDB yang meletakkan CEO 1MDB mempunyai kewajipan fidusiari
kepada pengerusi lembaga penasihat.
Beliau turut mencadangkan Shahrol adalah orang yang telah merosakkan pemahaman mengenai undang-undang syarikat.
"Mungkin
saya salah untuk menganggap bahawa Datuk Seri Najib adalah seseorang
yang saya terpaksa dengar dalam melaksanakan semua tugas-tugas ini,"
akui Shahrol.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan