Skandal 1MDB-Tanore: Mungkin silap saya anggap kena dengar Najib dalam semua hal 1MDB' - Saksi
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mungkin salahnya 'mendengar' cakap
Najib Razak dalam hal berkaitan dengan dana syarikat milik negara itu.
Shahrol
Azral, 49, saksi dalam kes membabitkan Najib, yang disoal peguam
Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas mengenai sama ada
beliau mempunyai kewajipan fidusiari terhadap bekas perdana menteri itu,
berkata: 'Ya'.
Saksi itu kemudian diminta oleh peguam untuk
mengemukakan apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa beliau mempunyai
kewajipan fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat. Shafee:
Adakah kamu tahu tugas fidusiari kamu hanya kepada 1MDB, sebagai sebuah
syarikat, malah bukan kepada pemegang saham? Ini undang-undangnya.
Shahrol Azral: Saya tidak tahu. Shafee: Bolehkah
kamu tunjukkan sebarang dokumen yang menyatakan kamu mempunyai
tanggungjawab fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat?
Shahrol Azral, bagaimanapun tidak dapat mengemukakan dokumen berkenaan. Shafee:
Kerana kamu tidak faham konsep undang-undang syarikat, saya katakan
kepada kamu bahawa kamu tidak faham mengenai undang-undang syarikat. Shahrol Azral: Mungkin saya silap untuk menganggap bahawa saya patut mendengar Datuk Seri Najib dalam semua hal berkaitan 1MDB.
Peguam
itu kemudian menyoal saksi sama ada Najib pernah memintanya untuk hanya
mendengar lembaga penasihat dan tidak melaporkan kepada lembaga
pengarah.
"Tidak, beliau tidak pernah. Kalau boleh saya tambah,
beliau juga tidak pernah berkata ‘Shahrol (Azral) dengar kepada lembaga
pengarah sahaja, jangan dengar cakap saya’,” kata saksi itu.
Shafee kemudiannya merujuk kepada minit mesyuarat pada Oktober 2009, yang menyatakan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat.
Shahrol Azral berkata dokumen berkenaan disediakan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Shafee: Jho Low nampaknya tahu apa yang PM mahu cakap. Shahrol Azral: Ya, menarik bukan.
Najib,
66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk
memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
ANWAR Ibrahim hari ini mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir Mohamad dan menjadi perdana menteri. Presiden PKR memberitahu konvensyen parti Sabah bahawa beliau tidak akan terganggu dengan masalah itu tetapi akan menumpukan pada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi. “Mari kita beri tumpuan pada ekonomi. Saya tidak suka orang bertanya mengenai peralihan kuasa tetapi masalahnya ada ramai orang yang tak setia. “Bagi saya, sudah ada persetujuan (peralihan). Untuk kata saya tak sabar, saya telah menunggu selama 20 tahun. “Tidak ada masalah untuk saya. Jika Allah kata ia akan berlaku, ia akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Ulasan
Catat Ulasan