Tokoh politik punca ketegangan kaum, kata Anwar

Sebab sebenar ketegangan kaum dan agama semakin memuncak di negara ini berpunca daripada tokoh-tokoh politik, kata Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini.
Oleh itu, beliau yang juga adalah presiden PKR mencadangkan supaya kerajaan mengadakan dialog untuk menangani isu berkenaan.
"Kita perlu mengakui bahawa suhu yang memanaskan isu ini sebenarnya berpunca dari tokoh-tokoh politik dan atas sebab itulah kita perlu langkah khusus untuk mengadakan mesyuarat atau dialog untuk mengendurkan keadaan.
“Kerana apa yang mereka katakan itu lazimnya dibuat di luar dan yang jadi mangsa adalah rakyat.
“Sebab itu saya tidak fikir ini adalah masalah rakyat tetapi masalah kempimpinan dari berapa kalangan,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengemukakan soalan tambahan berhubung soalan asalnya mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membendung dan mengurangkan ketegangan susulan semakin banyak isu perkauman dan agama yang sensitif.
Mengulas cadangan Anwar supaya dialog diadakan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata ia adalah idea yang baik dan kerajaan akan mengkajinya.
Negara baru-baru ini menyaksikan ketegangan kaum yang semakin memuncak berhubung pelbagai isu, antaranya, dakwaan kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis dan agenda Islamisasi menjejaskan masyarakat bukan Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar