Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2020

Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat semalam, selepas mendapat sokongan majoriti anggota parlimen melalui undian suara.Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu kira-kira 6.40 petang.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan disokong Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Mohd Hatta Md Ramli.
Lim pada 11 Okt lepas membentangkan Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM297 bilion, tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion.
Ia adalah peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion tahun lepas tanpa mengambil kira peruntukan secara ‘one-off’ bagi bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan tertunggak.
Peruntukan itu termasuk RM241 bilion perbelanjaan mengurus, manakala bakinya RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan 2020 merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar