Pinda Audit 1MDB: Najib buat permintaan pada Ambrin

Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dijangka akan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan.Perbicaraan ke atas Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy memasuki hari kelima hari ini. Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.
Najib diwakili sepasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.
Arul Kanda, 43, pula diwakili peguam N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar.
Menurut Ambrin semasa bermesyuarat pada 24 Feb 2016 itu, beliau bersetuju bahawa kehadiran Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat tersebut. Menurut Ambrin, Najib - ketika itu berjawatan perdana menteri - mengarahkan beliau tidak memasukkan maklumat berkaitan masalah dialami 1MDB dalam laporan akhir audit mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu.Menurut Ambrin, arahan itu diberitahu Najib ketika mereka bertemu sebelum mesyuarat yang diadakan pada 24 Feb 2016.
Ia adalah tarikh mesyuarat penting apabila satu keputusan dibuat untuk memadamkan beberapa isu kontroversi daripada laporan tersebut.
"Najib kemudian meminta saya agar tidak memasukkan dua versi laporan kewangan ke dalam Laporan Audit 1MDB. Beliau berjanji kepada saya bahawa pihak berkuasa akan siasat (isu berkenaan).
"We will get to bottom of this (kita akan cari puncanya) secepat mungkin, kata beliau kepada saya," kata Ambrin. 1MDB mengalami masalah apabila hutangnya lebih tinggi berbanding pendapatan membuatkan syarikat itu mengalami kerugian, kata Ambrin Buang.
Bekas Ketua Audit Negara itu memberitahu mahkamah, jabatan beliau mendapati prestasi 1MDB tidak memuaskan, antara lain disebabkan oleh masalah hutang.
Ambrin berkata demikian semasa membaca kenyataan bertulis saksi ketika disoal timbalan pendakwa raya Rozaliana Zakaria.
"Tadbir urus lemah, pelaburan besar tak dibuat perincian, cara berniaga 1MDB bergantung kepada pinjaman luar negara yang sebenarnya menjadi bebanan kepada 1MDB.
"Pinjaman melebihi pendapatan 1MDB dan 1MDB tak menguntungkan," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu