Skandal 1MDB: Taikun Sarawak serah RM3.7 juta dipercayai dana 1MDB kepada kerajaan

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Sarawak, Bustari Yusof kehilangan RM3.7 juta kepada kerajaan dalam penyelesaian ke atas dana dipercayai datang daripada 1MDB.
Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, jumlah itu dipersetujui dan diterima daripada pasukan peguam Bustari sebagai penyelesaian terhadap permohonan pelucuthakan kerajaan.
“Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari.”
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan pelucuthakan kerajaan terhadap Bustari dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian.
Taikun itu yang merupakan adik kepada bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusof dan dilaporkan merupakan orang kanan bekas perdana menteri, Najib Razak, memohon untuk menyelesaikan permohonan pelucuthakan kerajaan atas dakwaan menerima RM11.9 juta dana 1MDB.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cuba mendapatkan semula RM270 juta daripada 41 entiti dan individu yang didakwa disalurkan kepada akaun bank Najib.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu