KENAPA BEGITU BERSUNGGUH? ADAKAH PENUDUH KES ANWAR GAGAL UJIAN POLIGRAF?
Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan
tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan
bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim.
Setelah
penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa
menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan
untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada 2 Oktober 2018 iaitu
hari di mana kejadian cabul itu didakwa berlaku.
Baru sekarang juga Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengatakan ujian poligraf tidak boleh diterima di mahkamah.
Katanya, ujian poligraf hanyalah sebagai prosedur siasatan polis saja.
Tetapi,
mengapakah ketika ujian poligraf mahu dijalankan kepada Yusoff dahulu,
ia begitu digegak-gempitakan seolah-olah ujian itu pemutus kepada
kebenaran?
Kenapa sejak awal lagi tidak dikatakan ujian poligraf tidak diterima di mahkamah?
Kenapa baru sekarang disebut ia tidak diterima di mahkamah?
Atau adakah kerana ujian poligraf itu negatif atau Yusoff dikesan gagal berkata benar, maka pihak polis kini mahu menyiasat lagi dengan lebih mendalam di mana Anwar berada pada hari yang didakwa berlaku kejadian itu?
Apakah
dalam hal ini, keterangan Anwar bahawa beliau pada 2 Oktober 2018 itu
sibuk berkempen untuk PRK Port Dickson diragui oleh pihak polis?
Bagaimanapun, berbanding kes Azmin yang ada video, ada pengakuan Haziq yang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sebagai pasangan semburitnya, malah disahkan juga beliau berada di Sandakan pada hari kejadian, kenapakah pihak polis masih berlengah-lengah mengambil tindakan seterusnya?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Siapa pemegang kata putus dalam siasatan kes Azmin sebenarnya dan siapa pula yang bersungguh benar dalam kes Anwar?
Baru sekarang juga Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengatakan ujian poligraf tidak boleh diterima di mahkamah.
Katanya, ujian poligraf hanyalah sebagai prosedur siasatan polis saja.
Kenapa sejak awal lagi tidak dikatakan ujian poligraf tidak diterima di mahkamah?
Kenapa baru sekarang disebut ia tidak diterima di mahkamah?
Atau adakah kerana ujian poligraf itu negatif atau Yusoff dikesan gagal berkata benar, maka pihak polis kini mahu menyiasat lagi dengan lebih mendalam di mana Anwar berada pada hari yang didakwa berlaku kejadian itu?
Bagaimanapun, berbanding kes Azmin yang ada video, ada pengakuan Haziq yang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sebagai pasangan semburitnya, malah disahkan juga beliau berada di Sandakan pada hari kejadian, kenapakah pihak polis masih berlengah-lengah mengambil tindakan seterusnya?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Siapa pemegang kata putus dalam siasatan kes Azmin sebenarnya dan siapa pula yang bersungguh benar dalam kes Anwar?
Ulasan
Catat Ulasan