Kes pembunuhan Altantuya tidak lengkap, kata AG

Kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri, Najib Razak adalah tidak lengkap dan mungkin dibuka semula, kata Peguam Negara, Tommy Thomas.
“Semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal bahawa hanya kedua-dua mereka yang dipersalahkan,” kata Thomas dalam temubual bersama Bloomberg, Jumaat lalu yang disiarkan hari ini.
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dikatuhkan oleh Mahkamah Rayuan setelah mendapati dua bekas pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib bersalah membunuh wanita berkenaan pada 2006.
“Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap.
“Lebih banyak untuk polis melakukan siasatan dan kami akan melihatnya,” katanya apabila ditanya jika pihak pendakwa raya akan membuka semula kes berkenaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu