AMLATFPUAA: Ahmad, Shahrir mengaku tak bersalah

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'SR rakyat AHMAD MASLAN DAN SHAHRIR SAMAD DIDAKWA ESOK KES WANG HARAM Bernama, 20 Januari 2020- Kedua-dua mereka akan didakwa atas pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.'Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau didakwa gagal membuat pengisytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung dana RM2 juta yang diterimanya daripada Najib Razak.
Ahmad yang juga bekas ketua penerangan Umno turut didakwa memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pertuduhan berkenaan dibacakan di depan hakim Azman Ahmad.
Sementara itu, di mahkamah berlainan, bekas ahli parlimen Johor Bahru yang juga bekas menteri, Shahrir Samad, turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan.
Beliau didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar kepada LHDN.
Mengikut kertas pertuduhan Shahrir didakwa menerima RM1 juta daripada Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Bhd bertarikh 27 Nov 2013.
Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan kepadanya di depan hakim Azura Alwi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu