Skandal 1MDB: Bekas menteri mohon selesai kes lucuthak bagi mendapatkan dana 1MDB RM100,000

KUALA LUMPUR: Bekas menteri Kasitah Gadam mahu selesai kes pemohonan kerajaan melucuthak RM100,000 daripadanya, yang didakwa merupakan wang daripada 1MDB.
Peguam Sasila Basri yang mewakili Kasitah memberitahu pesuruhjaya Mahkamah Tinggi Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa mereka mahu mengemukakan satu lagi reprsentasi kepada Jabatan Peguam Negara secepat mungkin.
“Kami dimaklumkan semalam bahawa surat representasi kami yang pertama ditolak,” katanya tanpa memberitahu tarikh pihak pembelaan mengemukakan representasi itu.
Shahrir juga menetapkan 3 Mac depan untuk pendengaran permohonan kerajaan melucuthak RM100,000 daripada Kasitah selepas timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim memberitahu mahkamah bahawa pada tahun lepas pendakwa telah mewartakan notis memanggil pihak berkepentingan untuk mencabar permohonan perlucutanhakan itu.
Haslinie berkata, pihak pendakwaan dan pembelaan telah memfailkan penghujahan bertulis mereka bagi pendengaran permohonan tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu mendapatkan kembali wang berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan pertubuhan yang didakwa disalurkan daripada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.
SPRM juga mengeluarkan kompaun bagi mendapatkan semula RM420 juta yang didakwa dana 1MDB yang disalurkan kepada 80 individu dan pertubuhan.
Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan pemimpin veteran Umno Shahril Samad didakwa di mahkamah selepas enggan membayar balik wang yang didakwa diterima oleh mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu