Skandal 1MDB: Najib tidak boleh periksa barang berharga atas sebab keselamatan, mahkamah diberitahu

KUALA LUMPUR: Kerajaan membantah permohonan Najib Razak dan keluarga di Mahkamah Tinggi untuk memeriksa barang berharga yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB atas sebab keselamatan.
Timbalan pendakwa raya Fatnin Yusof berkata, permohonan itu jika dibenarkan akan membuka luas pintu dalam permohonan pelucuthakan pada masa akan datang.
“Ini adalah kes ujian (oleh pemohon) kerana rampasan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Kegiatan Haram,” kata Fatin di hadapan hakim Mohd Zaini Mazlan.
Fatnin berkata, sebelum ini tiada permohonan dibuat oleh mana-mana pihak berkepntingan untuk memeriksa secara fizikal wang tunai dan barang berharga yang dirampas.
“Kami bersedia memberikan rakaman video dan gambar barang yang dirampas,” katanya.
Pegawai penyiasat Foo Wei Min, yang mengesahkan dalam satu afidavit pada 15 Ogos berkata, pemeriksaan fizikal tidak perlu dan tidak praktikal.
Dalam dokumen bersumpah itu, pegawai polis tersebut berkata, barang berharga berkenaan disimpan di dalam satu peti besi di lokasi rahsia di Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh diakses hanya oleh pegawai bank yang ditauliahkan.
“Justeru status rahsia dan keselamatan peti besi tersebut, mana-mana pemeriksaan tidak harus dibenarkan,” kata Foo, dengan menambah bahawa BNM tidak mungkin membenarkan percubaan untuk memeriksa barangan yang disimpan di dalam peti besi itu.
Beliau berkata, sekiranya barangan tersebut diperiksa di tempat lain, ia akan menimbulkan masalah logistik.
Selepas Fatnin menyampaikan hujahannya, Zaini berkata, sekiranya beliau membenarkan permohonan itu, pemeriksaan fizikal boleh dilakukan dengan kehadiran polis.
“Lagipun pihak yang akan memeriksa barang tersebut bukan pengganas,” katanya.
Fatnin berkata, pemeriksaan juga boleh menyebabkan susut nilai barang terbabit kerana ia perlu dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati.
Sebagai respons, hakim berkata, pemohon boleh hadir, tetapi pemeriksaan direkodkan.
Peguam Najib, Muhammad Shafie Abdullah berkata, pemeriksaan fizikal adalah penting bagi membolehkan anak guamnya menentusahkan barang terbabit.
“Pemeriksaan teliti boleh menunjukkan hadiah itu diberikan oleh siapa,” katanya, dengan menambah bahawa pihak terbabit boleh duduk dan mengambil nota sewaktu barang berharga itu ditunjukkan.
Shafee berkata, pemeriksaan mesti dibuat kerana polis tidak menyediakan senarai geledah selepas barang berharga terbabit dirampas dan permohonan itu mesti dibenarkan atas kepentingan keadilan.
Peguam Iskandar Shah Ibrahim, Azamuddin Abd Aziz dan Hasmadi Hussin yang mewakili isteri Najib, Rosmah Mansor dan anak mereka, Nooryana Najib mengguna pakai penghujahan Shafee.
Zaini akan menyampaikan keputusannya pada 3 Feb ini.
“Saya bercakap atas dasar akal waras, tetapi keputusan saya mesti dibuat berdasarkan undang-undang,” katanya.
Dalam permohonan mereka, Najib, Rosmah dan Nooryana memohon untuk memeriksa secara fizikal barang yang dirampas oleh polis kerana gambar yang diberikan kepada mereka sebelum ini oleh pihak pendakwaan “tidak jelas”.
Pada 14 Okt, pihak pendakwaan bersetuju menyediakan gambar berwarna barang dirampas, termasuk perihalan terperincinya, seperti label produk, logo, kad hadiah dan pembungkusan. Barang berkenaan dirampas pada 17 Mei 2018.
Antara barang tersebut ialah 315 beg tangan jenama mewah, 14 jam tangan dan 27 pasang kasut pelbagai jenama, selain wang tunai pelbagai negara, termasuk RM537,000, pound sign 2,700, 2,870,00 rupee Sri Lanka, RM187,750 wang tunai lama dan pound British 320,000.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar