Skandal SRC: Najib sokong pinjaman kedua kepada SRC atas dasar 'harapan'
Dapatkan pautan
Facebook
Twitter
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengakui kabinet
yang diterajuinya ketika itu menyokong pinjaman kedua kepada SRC
International Sdn Bhd walaupun sedar pinjaman pertama RM2 bilion tidak
membuahkan sebarang hasil.
Hal ini didedahkan sewaktu pemeriksaan
balas terhadap Najib, terutamanya mengenai peranannya dalam jaminan
kedua kerajaan supaya Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memberikan
pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion kepada SRC. Sithambaram: Kamu
setuju pada masa itu jaminan (kedua) kerajaan diberikan, kamu sendiri
sedari bahawa SRC tidak berjaya kerana ia tidak melakukan apa-apa dengan
pinjaman pertama. Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.
Sithambaram: Ia tidak berbuat apa-apa, bagaimana mungkin ia menjadi lebih baik? Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.
Susulan itu, Najib bersetuju
dengan pendakwaan bahawa kerajaan perlu menyediakan SRC dengan pinjaman
jangka pendek dan geran apabila syarikat itu gagal membayar balik
pinjaman kepada KWAP.
Sithambaran: Adakah kamu setuju bahawa satu-satunya pencapaian oleh SRC adalah untuk meletakkan RM3.6 bilion di Switzerland? Najib: Sekarang, baru kita tahu. Sithambaran: Adakah kamu tidak bertanya (tentang ini)? Najib: Ia sepatutnya berada dalam transit untuk pelaburan. Sithambaran: Ia tidak boleh berada dalam perjalanan selama tujuh tahun.
SRC
menerima pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada bulan Ogos 2011. Ia
menerima pinjaman RM2 bilion pada bulan Mac 2012. Kedua-dua pinjaman itu
mendapat jaminan kerajaan.
Syarikat itu pada asalnya merupakan
anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Menteri Kewangan
Diperbadankan (MKD) pada 12 Feb 2012, yang mana Najib ialah menteri
kewangan ketika itu.
Menjelaskan kenapa SRC menerima jaminan
kerajaan walaupun sebelum memohon pinjaman kedua daripada KWAP, Najib
berkata SRC tahu mereka tidak akan mendapatkan pinjaman itu tanpa
jaminan kerajaan tersebut.
Apabila Sithambaran menegaskan bahawa
"luar biasa" bagi kabinet untuk mengeluarkan jaminan kerajaan tanpa SRC
perlu membuat permohonan, Najib berkata terdapat memo daripada ketua
setiausaha Perbendaharaan pada masa itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
yang mengesyorkan jaminan berkenaan.
NAMPAK TAK... apa Lebai Parti Ajaran Sesat ni kata.. "Kalau SYAITAN IBLIS hendak tolong pun, PAS terima" Tak percaya boleh baca di link; https:// harakahdaily.net.my/ index.php/berita/ 13208-kalau-syaitan-iblis-h endak-tolong-pun-pas-terim a W'pon tajuk asal sudah ditukar, TETAPI... isi beritanya tetap sama 🤣 🤣 🤣 - "Dalam bab nak tolong Islam ini, tak perlu tunggu manusia sahaja, kalau syaitan iblis nak tolong pun kita terima. Tetapi ia mestilah di atas dasar yang betul," - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. SEJAK BILA syaitan iblis nak tolong dalam kebaikan ??!.. Yang pasti syaitan iblis berbuat dalam kejahatan & menyesatkan manusia. Jadi betul lah selama ini yang UMNO pernah kata, #PasPartiAjaranSesat di Seminar Wacana "PAS: Parti Ajaran Sesat, Ancam Akidah Ummah" di Terengganu tempohari.
SHAH ALAM : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu revolusi digital yang sedang berkembang hari ini menjadi sebahagian daripada DNA rakyat Malaysia. Jelasnya, langkah itu menuntut negara melakukan perubahan dalam menguasai revolusi digital selari dengan ciri kemanusiaan. Namun, negara perlu peka dengan kesan-kesan yang bakal dihadapi dalam melaksanakannya. "Saya mahu mendorong masyarakat Malaysia untuk menganggap bahawa revolusi digital ini sebagai sebahagian DNA kita, digital native agenda. Namun, saya nak ingatkan juga dengan tiga kesan-kesannya. Pertama, etika, moral dan akhlak itu masih kita pegang. Kedua, daya kreatifnya harus hidup dan ketiganya jangan ia menyebabkan kesenjangan terus merebak," katanya sem
Masyarakat Melayu sama seperti komuniti dunia yang lain, hidup dalam satu rangka peraturan dan undang-undang yang dikenali sebagai adat. Antara syarat untuk bergelar seorang yang berbangsa Melayu di Malaysia ialah mesti mengamalkan adat istiadat Melayu. Adat dalam masyarakat Melayu itu banyak sebenarnya tetapi secara umumnya adat Melayu terbahagi kepada 4 jenis. Tahukah anda jenis-jenis adat yang wujud dalam masyarakat Melayu? Pasti ramai sebenarnya yang tidak tahu. Oleh itu, pada hari ini, kami ingin kongsikan kepada anda semua jenis-jenis adat yang wujud dalam masyarakat Melayu. Adat-adat tersebut ialah : Adat yang sebenar adat Maksud adat ini ialah hukum tabii yang diciptakan oleh Allah. Adat jenis ini merangkumi setiap benda atau unsur di dunia ini yang wujud dalam keadaan semulajadi dan tertakluk kepada fitrah atau hukum semulajadi. Contoh : adat api membakar, adat air membasah, adat angin menyejukkan, adat ayam berkokok dan adat tajam memutuskan. Adat yang
Ulasan
Catat Ulasan