ZURAIDA SEPATUTNYA KELUAR PKR, TAK PERLU TUNGGU DIPECAT

Apa pun isi jawapan Zuraida Kamaruddin terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya ke Ibu Pejabat PKR, tidak dinafikan beliau paling mungkin berdepan dengan hukum pemecatan.
Harus diakui kesalahan disiplin yang dilakukannya, khususnya mendedahkan perbualan dengan Anwar Ibrahim secara terbuka untuk tujuan memburuk-burukkan Presiden PKR itu, adalah perbuatan salah laku serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa jua yang faham hukum berorganisasi.
Imej mungkin mengandungi: 36 orang, orang senyum, orang ramaiMemburuk-burukkan ketua parti sendiri biasanya hanya dilakukan oleh seseorang yang sudah tiada hati lagi dengan parti yang sedang dianggotainya.
Ia sama ada dilakukan oleh seseorang yang memang mahu dipecat atau hanya menunggu masa untuk keluar parti.
Dalam kes Zuraida, beliau juga sepatutnya begitu dan tidak munasabah setelah memburukkan parti dan presiden sendiri, tetapi masih mahu kekal dalam di situ lagi.
Mengimbas kedudukan Zuraida, walaupun ketika proses menentukan calon Perdana Menteri sebelum PRU14, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Tun Mahathir Mohamad bagi jawatan itu, tetapi setelah PH menjadi kerajaan dan dilantik sebagai menteri, Pengerusi Bersatu itulah merupakan pemimpin yang disanjung-sanjungnya.
Malah, beliau kemudian secara terbuka menyokong agar Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Zuraida seolah-olah lupa beliau menjadi menteri adalah tiket PKR, selain melalui PKR jugalah beliau menjadi Ahli Parlimen.
Dalam konteks itu, oleh kerana Anwar adalah Presiden PKR, Zuraida seharusnya ada rasa hormat terhadap beliau, lebih-lebih kedudukan Presiden PKR itu sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui secara muafakat dan konsensus dalam PH.
Tetapi, Zuraida bukan saja langsung tidak hormat kepada Anwar sebagai Presiden PKR, malah berusaha menidakkan ketua parti yang dianggotainya untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Sebaliknya, yang disokong dan mahu dikekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri adalah pemimpin daripada parti yang bukan dianggotainya.
Tidakkah ini pelik dan menyanggah konsensus PH kerana tidak pernah disebut sama sekali Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Lebih daripada itu, ini juga memperlihatkan Zuraida sememangnya tidak layak lagi berada dalam PKR yang diketuai oleh Anwar.
Oleh itu, apabila menerima surat tunjuk sebab yang memungkinkannya dipecat, Zuraida tidak patut sama sekali mengumpulkan penyokong yang memperlihatkan keinginan terus kekal dalam PKR, bahkan menjawabnya pun tidak perlu lagi sebenarnya.
Langkah terpuji yang patut diambilnya ialah segera keluar PKR dan mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.
Surat tunjuk sebab yang diterimanya seharusnya merupakan peluang terbaik untuknya meninggalkan PKR.
Selama ini, walaupun menjadi menteri atas tiket PKR, Zuraida tidak seperti mewakili parti itu, bahkan PKR bagai sudah jadi musuh baginya.
Keluar PKR lebih menjadikan dirinya bermaruah dan ada sedikit harga.
Lagi pun, bukankah sebelum ini beliau ada mengatakan sedia dan tak kisah dipecat daripada PKR atas tindakannya bertalu-talu mengkritik Anwar dan parti?
Jadi, nak tunggu apa lagi?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar