Panggil sidang Parlimen pilih PM cabar hak Agong, kata PH

PETALING JAYA: Pakatan Harapan berkata memanggil sidang Parlimen untuk memilih perdana menteri mencabar hak dan kuasa Agong, dan menambah umum sedia maklum Agong dijadualkan bertemu Raja-raja Melayu untuk membincangkan perkara itu.
Majlis presiden PH dalam satu kenyataan malam ini berpendirian tidak wajar untuk perdana menteri sementara mendahului titah Agong dalam hal itu.
“Majlis presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Agong dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar gabungan itu.
PH berpendirian hak dan kuasa melantik perdana menteri terletak di tangan Agong, seperti yang termaktub bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri seterusnya mungkin ditentukan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kerana tiada majoriti ketara untuk menubuhkan kerajaan baru.
Katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi petang tadi, selepas para ahli Parlimen ditemubual sepanjang 2 hari lalu, Agong mendapati tiada siapa yang mempunyai majoriti ketara.
Mahathir berkata cara terbaik untuk menyelesaikan kedudukan itu pada sesi khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata ahli-ahli Parlimen tidak dimaklumkan tentang sesi khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.
“Sebagai seorang ahli Parlimen, saya belum terima sebarang notis rasmi. Kita tunggu arahan Speaker,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di mana majlis presiden PH bermesyuarat.
“Kita juga belum dengar apa-apa daripada Istana,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar