Lebih baik Zuraida duduk rumah, kata doktor pakar...

Tindakan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang semalam menyertai - dan terlibat secara langsung - proses nyah kuman Covid-19 turut menerima kecaman pakar perubatan.
Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Nordin, menyifatkan tindakan ahli parlimen Ampang itu sebagai "tidak bertanggungjawab".
Menurut beliau, dalam keadaan sekarang adalah lebih baik untuk Zuraida berada di rumah berbanding menyembur bahan sanitasi seperti yang dilakukannya semalam.
"Ya Tuhan! Ini adalah bodoh dan tidak bertanggungjawab. Mengurangkan penyaringan pertahanan terakhir kami dan pesakit # COVID19 di ICU. Lebih baik dia #StayHome dan tidak memperbodohkan diri sendiri!" ciap Musa di Twitternya.
Beliau memberi respon terhadap ciapan pengguna media sosial lain terhadap tindakan Zuraida itu.
Ciapan Musa itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Untuk rekod Musa memang dikenali sebagai doktor yang selalu berterus-terang untuk menyampaikan pandangannya.
Sering dijemput sebagai panel dalam program televisyen membabitkan hal perubatan, pakar perubatan itu baru-baru ini 'mengamuk' dalam salah satu terbitan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Semalam, Zuraida menjadi tumpuan ramai - termasuk kalangan ahli politik kerana menyarung pakaian lengkap seperti petugas barisan hadapan menghadapi Covid-19 semasa menyembur bahan nyah kuman di Petaling Jaya.
Operasi itu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, majlis perbandaran dan Kementerian Kesihatan.
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir pagi tadi turut mengkritik tindakan Zuraida dan menganggap ia sebagai suatu gimik politik bagi meraih populariti ketika Covid-19.
Kata Akmal, sekarang bukanlah masa untuk menteri mencari publisiti ataupun membazirkan sumber yang ada ketika negara dalam situasi sukar.
"Hentikan teknik gimik politik. Sekarang bukanlah masa untuk menteri cari publisiti.
"Jangan bazirkan sumber. Dalam keadaan kita kekurangan PPE (pakaian perlindungan peribadi) dan ada petugas terpaksa gunakan plastik sampah untuk lindungi negeri," katanya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar