NGO, ahli politik bidas nasihat 'contohi suara Doraemon'
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikritik
berhubung tip kepada isteri dan ibu bekerja semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Aktivis dan ahli politik berkata, kementerian itu seharusnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga dan kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan dan nada suara wanita.
Pengarah eksekutif Organisasi Pertolongan Wanita (WAO) Sumitra Visvanathan menyorot bahawa sejak hari pertama PKP, ramai wanita menghubungi pihak mereka bagi mendapatkan perlindungan daripada keganasan domestik.
"Menteri (Rina Harun) seharusnya memastikan mangsa keganasan domestik mempunyai tempat sokongan dan melindungi mereka, termasuk bekerjasam dengan polis menyelamatkan mereka apabila ia sangat diperlukan.
"Kementerian menunjukkan bahawa mereka telah hilang sentuhan dengan peranan asas mereka melindungi wanita dan bukannya menguatkan lagi stereotaip tentang penampilan wanita," katanya kepada Malaysiakini.
Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh turut mengkritik Rina dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff kerana "benar-benar terpisah" daripada realiti yang dihadapi oleh wanita Malaysia.
"Dalam keadaan krisis, kepimpinan politik adalah penting untuk memberi arahan kepada agensi kerajaan.
"Banyak keluarga yang sukar untuk mendapatkan makanan seharian, apalagi mempunyai wang untuk dibelanjakan untuk pakaian dan peralatan kecantikan," katanya ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah pula menyatakan bahawa kementerian itu sepatutnya berusaha memenuhi keperluan kebajikan wanita dan keluarga.
"Pada masa ini terdapat isu-isu yang lebih mendesak untuk diselesaikan oleh kementerian, contohnya kekeliruan yang berlaku selepas kerajaan menghalang NGO daripada mengedarkan makanan.
"Keseriusan masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana kebanyakan keluarga miskin, termasuk kanak-kanak, orang tua, yang tiada tempat tinggal dan OKU sedang kelaparan dan memerlukan bantuan.
"Garis panduan yang lebih baik harus dilaksanakan sekarang untuk membolehkan NGO mengedarkan makanan sambil mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang paling ketat - inilah yang harus menjadi keutamaan kementerian," katanya.
Sebagai langkah untuk menghadkan pergerakan, kerajaan menetapkan bahawa semua pengedaran makanan kepada pihak yang memerlukan akan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang merupakan unit di bawah kementerian itu.
Dalam satu siri hantaran Instagram semalam, kementerian menasihatkan isteri-isteri untuk tidak bertengkar dengan suami mereka dan sebaliknya mengesyorkan mereka mencontohi suara watak kartun Doraemon untuk menggalakkan pasangan mereka membantu dengan kerja rumah semasa PKP.
Bagaimanapun hantaran itu sudah dipadam.
Dalam pautan yang lain, kementerian itu mencadangkan agar ibu bekerja boleh bersolek bagi membolehkan fokus dan produktiviti yang lebih baik. Ia juga mengingatkan agar wanita tidak bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan ahli keluarga.
Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said berkata nasihat seperti itu mengekalkan kecendurungan perbezaan jantina dan misogini dan menurutnya ia lebih buruk apabila datang dari kementerian yang ditugaskan untuk melindungi wanita.
"Saya kecewa mesej kementerian itu yang menentang pemberdayaan wanita dan kesaksamaan gender," kata anggota Umno itu.

Ulasan
Catat Ulasan