PH saran k'jaan guna mekanisme e-dompet salur bantuan Covid-19

MalaysiakiniKerajaan Perikatan Nasional (PN) harus guna mekanisme e-Tunai Rakyat yang diperkenalkan pentadbiran sebelum ini untuk menyalurkan bantuan tunai Covid-19, kata sekretariat Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua, mereka berkata ini adalah kerana mekanisme itu telah disertai lapan juta rakyat Malaysia yang layak dari kategori pendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
"Memandangkan proses pengesahan program e-Tunai Rakyat terbukti berjaya mengenal pasti mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun, maka amat mudah bagi kerajaan
mengenal pasti kumpulan M40 yang layak menerima bantuan dan seterusnya memasukkan jumlah itu terus ke dalam e-dompet mereka.
"Langkah ini secara langsung akan memudahkan ekosistem e-pembayaran yang digalakkan Kerajaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, lebih-lebih lagi kerana aspek
transaksi kewangan tanpa sentuhan yang mampu dilaksana dengan baik," kata mereka dalam kenyataan media hari ini.
Mereka berkata langkah itu akan membantu menyelesaikan isu kekurangan data untuk penerima yang layak daripada kategori M40 - terutamanya daripada kalangan yang tidak layak untuk skim Bantuan Sara Hidup sebelum ini dan mereka yang masih belum membayar cukai pendapatan.
"Proses pengeluaran bantuan di atas daripada LHDN akan menyusahkan ramai pihak. Ia juga akan menjadi beban kepada pejabat LHDN seluruh negara yang memproses pengeluaran ini.
"Akibatnya, bantuan ini mungkin lewat diterima berbanding jangka masa yang sepatutnya," katanya.
Tambah mereka lagi, untuk memudahkan proses e-dompet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga perlu melantik Khazanah Nasional bagi membantu kerajaan mengagih bantuan bagi kumpulan M40 melalui aplikasi e-dompet, memandangkan kejayaan Khazanah Nasional melaksana program e-Tunai Rakyat sebelum ini.
Pakatan Harapan juga bersedia bekerjasama dengan Kerajaan untuk menawarkan idea, pengalaman dan kepakaran dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan demi membantu memerangi Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
"PH juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan idea, pengalaman dan kepakaran dari kalangan ahli-ahli parlimen PH demi membantu memerangi Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara," kata kenyataan itu lagi.
Jumaat lalu, Muhyiddin mengumumkan pelan rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang menjanjikan bantuan untuk rakyat Malaysia yang terjejas oleh wabak Covid-19.
Kementerian Kewangan berkata separuh bantuan akan dikeluarkan pada akhir bulan April - selepas tamatnya perintah kawalan pergerakan pada 14 April - manakala separuh lagi akan disalurkan pada bulan Mei.
Bagaimanapun, pelbagai pemimpin termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan supaya mempercepat pengagihan bantuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar