Faedah moratorium: Rakyat makin resah ditipu kerajaan P'Nipu

Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional mengecam tindakan kerajaan menerusi kenyataan mengejut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini yang memaklumkan bakal mengenakan faedah kepada peminjam yang memilih moratorium selama enam bulan.
Pengarah Komunikasinya, Fatihah Salahuddin menegaskan, keputusan kerajaan itu jelas bercanggah dengan janji mereka sebelum ini bahawa tiada faedah bakal dikenakan.
“Rakyat telah ditipu hidup-hidup oleh Perikatan Nasional (PN). Sudahlah tidak mendapat mandat rakyat, ditipunya rakyat hidup-hidup.
“Apakah pilihan yang ada bagi golongan yang bekerja sendiri, yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap?,” bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, kenyataan BNM yang dianggap pusingan U mengejutkan ramai pihak apabila memutuskan untuk mengenakan kadar faedah tambahan bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan sebelum ini, bermula 1 April hingga 30 September depan.
Menurut Persatuan Bank Malaysia (AMB), pelanggan yang memilih untuk mengambil penangguhan pembiayaan kini mempunyai dua pilihan.
Pertama, peminjam boleh membayar jumlah ansuran terkumpul enam bulan, bersekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020, dan mereka tidak akan dikenakan faedah.
Pilihan kedua, peminjam meneruskan pembayaran ansuran bulanan bermula dari Oktober 2020 dengan tambahan faedah selama enam bulan.
Menurut laporan RinggitPlus, institusi perbankan negara bakal berdepan dengan kerugian berbilion ringgit sekiranya cuti enam bulan tanpa faedah dilaksanakan.
Sehubungan itu, Fatihah mengkritik pengumuman BNM yang menyifatkan ketiga-tiga pilihan tersebut bukan sahaja menggigit, bahkan mencengkam rakyat secara zalim dan kejam.
Beliau turut membangkitkan persoalan tentang nasib golongan tidak berkemampuan yang sukar menjana pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
“Apakah pilihan yang ada bagi golongan yang berpendapatan rendah ini terutamanya bagi mereka yang tidak mampu melakukan dua atau tiga kerja sampingan kerana PKP?” soalnya lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu