Kerajaan P'Nipu tetap bermain politik waktu rakyat berdepan dengan Covid-19

Dikala negara sedang dilanda wabak Covid-19, sebenarnya orang politik tetap mengatur strategi untuk memperkukuh posisi dan proksi masing-masing.
Langkah ini jelas, bermula sejak PM TSMY selaku Presiden PPBM @ Bersatu memecat SUA parti, melantik TGHH sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri, lantikan pengerusi GLC dikalangan ahli parlimen, penetapan sidang parlimen hanya sehari dan terkini desas-desus akan kewujudan parti baru.
Secara diam, ia bukanlah tindakan populis tetapi strategis bagi menjamin sokongan kepadanya tidak berbelah bagi. Meniti saat menuju sidang Parlimen, kesiap siagaan menterjemah sokongan amatlah diperlukan.
UMNO sedar bahawa kerajaan ini tidak kukuh dan mereka sangat tidak cenderung kepada Azmin. Kerajaan PN ini hanya bergantung kepada sokongan kepada TSMY sebagai PM secara zahir malah tidak terikat dengan perjanjian, kesepakatan manifesto, dan tidak bersandar pada hala tuju yang jelas.
Sebagai anggota dominan, tekanan terus bergerak. Pendirian UMNO tetap tidak berubah, desakan jawatan dan menuntut janji mula ketara, rasa tidak puas hati dengan lantikan dan kabinet kerajaan ini kian melebar. Baru-baru ini Mohamad Hasaan tampil menyatakan bahawa kerjasama ini tidak akan bertahan lama jika ia tidak memberi manfaat kepada mufakat nasional secara strategik. Situasi di Johor juga lebih kurang sama di mana ADUN PPBM sendiri mula bersuara terhadap kerajaan PN Negeri dan mula mempertikai kepimpinan TSMY. Silap percaturan kerajaan boleh bertukar atau pilihanraya negeri boleh terjadi.
Azmin pula sedar bahawa kehadiran dalam PPBM tidak membawa impak positif kepada diri dan pasukannya. Ramai pimpinan dan ahli yang menyokong beliau sebelum ini masih terkandas di dalam PKR terutama dikalangan penyokong bukan Islam.
elah kompromi ini wujud idea penubuhan parti baru antara PPBM tim TSMY, fraksi Azmin Ali dan kem Hishamuddin dari UMNO-BN. Pilihan baru bagi merasionalkan kerajaan ini bersih dan benar melawan kleptokrasi, bagi meredakan tekanan UMNO dan mewujudkan situasi menang-menang, cubaan menambah sokongan dikalangan penyokong sedia ada dan sebagai kontigensi mencari tapak baru (platform) untuk menghadapi PRU 15. Di samping sebagai pelan memecahkan PH khususnya PKR dan mengelak pertembungan dengan tim Tun Mahathir dalam PPBM. Namun episod seterusnya masih menjadi teka-teki? Dua bulan berlalu, TSMY sedaya upaya membetulkan imejnya, berusaha menaikkan tahap sokongannya di mata rakyat dengan ucapan-ucapan marhaen, dan beliau terpaksa berbelanja besar melalui pakej rangsangan prihatin ekonomi demi merangkul semula kepercayaan massa di waktu dunia dan Malaysia sedang dilanda kemelesetan ekonomi dan harga minyak menjunam teruk.
Menjengah fasa ke-4 PKP ini, sedarlah bahawa politik tetap berjalan kerana negara ini tetap diurus atas nama kuasa oleh para pemain politik.
Dalam politik Malaysia ini bukan ‘abnormal’ atau ‘new normal’ tetapi ia seolah kembali kepada normal sebelum PRU 14 dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu