K'Jaan P'Nipu: Pusingan U, kini bank kenakan faedah atas moratorium sewa beli

KUALA LUMPUR: Pinjaman sewa beli yang sebelum ini diberikan moratorium tanpa caj faedah kini dikenakan faedah.

Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) peminjam diberikan dua pilihan, iaitu membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan.

Manakala bagi pilihan kedua, pengguna boleh meneruskan pemayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan," katanya.
ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.

"Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal," katanya.
ABM berkata bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.

"Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya," katanya.

Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat.

Ia termasuk pinjaman sewa beli yang dilakukan secara automatik tanpa tunggakan kadar faedah terakru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu