Kudeta: Belang sebenar Umno terdedah bila kembali berkuasa

Umno hari ini dilihat seperti mempunyai muslihat tertentu dalam mencatur keadaan untuk melemahkan kekuatan Bersatu melalui pembahagian jawatan Penyelaras Dun di negeri Johor.
Perkara itu dijelaskan oleh Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan menyatakan bahawa susunan kerusi untuk Bersatu telah diaturkan secara halus.
Dalam pengiraan yang dikeluarkan oleh beliau, jelas menyatakan bahawa Bersatu pastinya akan mengalami permasalahan untuk berhadapan di Dun yang mempunyai pengundi mencabar pada PRU akan datang.
“Kerusi Dun yang ditandingi komponen PH (PKR, AMANAH dan DAP) sekarang sewaktu PRU 14 yang lalu adalah sebanyak 38 kerusi di mana PKR sebanyak 12 kerusi, AMANAH 12 kerusi dan DAP 14 kerusi.
“Jika Bersatu menjadi penyelaras Dun bagi kawasan pembangkang (PH) untuk 7 Dun sahaja maka Bersatu hanya mendapat 26 peratus sahaja kerusi daripada 27 kerusi yang dimenangi oleh PH (setelah seorang Adun PKR jadi bebas).
“Dalam kiraan tersebut kerusi selamat untuk Bersatu di dalam Perikatan Nasional (PN) hanyalah sebanyak 18 kerusi sahaja kerana 10 kerusi yang Bersatu bertanding dan kalah dalam PRU 14 dahulu belum tentu akan ditandingi oleh Bersatu kerana telah dimenangi oleh rakan mereka (PN) semasa PRU14.
“Ini menunjukkan bahawa Bersatu tidak akan menjadi parti yang dominan di dalam PN kerana percaturan politik Umno untuk mengekang Bersatu dari terus menjadi parti yang mempunyai suara kuat,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan berkenaan dengan strategi memenangi hati rakan seperti Bersatu dengan memberikan jawatan penyelaras Dun Kota Iskandar kepada parti muda tersebut.
Beliau yang juga merupakan, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berkata kesanggupan Umno melepaskan kerusi Dun Kota Iskandar kepada Bersatu membayangkan sesuatu di sebaliknya.
“Bagi parti AMANAH dan PH Iskandar Puteri, siapa pun calon bagi N49 Kota Iskandar daripada PN tidak penting sama ada Bersatu atau Umno kerana yang penting adalah tindakan mereka menjatuhkan kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat pada PRU 14 dengan menubuhkan kerajaan PN adalah merupakan suatu pengkhianatan kepada mandat rakyat tersebut.
“Kerajaan PN adalah kerajaan pintu belakang kerana mereka tidak mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU 14 dan sebaliknya yang mendapat mandat rakyat adalah PH.
“Potensi Dun yang dimenangi Umno, Bersatu dan Pas adalah 13 Dun yang sama manakala daripada 13 Dun tersebut, Bersatu hanya memperolehi 3 Dun sahaja dan bakinya 10 Dun tersebut adalah majoritinya milik Umno dan sedikit untuk Pas.
“Sekiranya dikira dalam keadaan sekarang, kerusi yang menang oleh Umno sebanyak 14 dicampur dengan 10 kerusi potensi itu sudah tentu Umno akan dominan dalam PN di Johor dengan jumlah 24 kerusi semuanya manakala Bersatu hanya sekitar 14 kerusi,” katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan PN ketika ini adalah kerajaan pintu belakang kerana mereka tidak mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU 14 dan sebaliknya yang mendapat mandat rakyat adalah PH.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu