Kudeta: TSMY Atau Azmin Yang Bersalah..??

Malaysiakini - Semua kem Azmin dilantik dalam kabinet MuhyiddinPermainan politik sememangnya memerlukan seni perang yang utuh dan beberapa langkah ke hadapan.

Disana.... disini...disana..disini....disana sana... ahli Bersatu di semua bahagian dan negeri mula bercakap kekesalan kerana terlampau mengikut telunjuk TSMY untuk menjadi PM ke-8 yang mengantikan Tun M.

Harapan sebelumnya bagi ahli Bersatu serta Ketua Bahagian, ajk atau wakil rakyat Bersatu bertambah baik sosio ekonomi masing masing dibawah pemerintahan TSMY rupanya seumpama mencurah air emas didalam tempayan kepada UMNO semata mata. Tiada hujan emas rupanya yang turun mengantikan air emas yang telah dibuang kedalam parit  diJohor.

Rata rata sudah nampak wakil rakyat Bersatu yang nampaknya sudah masuk perangkap, mainan politik UMNO dalam isu pembahagian Ghanimah.

Disini Umno sememangnya bukan ingin membahagikan secara adilnya Ghanimah hasil langkah Sheraton yang diresipikan oleh Azmin. UMNO diumpamakan ingin membolot kesemua Ghanimah yang ada setelah dendam kalah dalam Pru14, seterusnya mengenepikan sesiapa sahaja ahli dan wakil rakyat Bersatu semaksima mungkin. Ianya jelas berbeza sewaktu Bersatu bersama Pakatan Harapan (PH), dimana kesemua hasil rampasan Ghanimah dipersetujui secara adil melalui perjanjian muzakarah setelah menumbangkan BN yang kleptokrasi didalam Pru14 yang lalu.

Dahulunya Bersatu mempunyai MB di Johor dan Exco negeri daripada kalangan wakil rakyatnya. Sekarang apa yang ada dan tinggal ?  Sehinggakan Ahli Majlis Perbandaran Tempatan ataupun sebagai ahli lembaga pengarah anak anak syarikat kerajaan negeri pun sudah diboloti kesemuanya oleh Umno. Itulah nasib Bersatu diJohor. Diumpamakan seluar dalam Bersatu pun mahu dirampas oleh Umno sehingga tiada apa yang tinggal untuk dipakai menutupi Kemaluan depan dan belakang.

Itu di johor. Walaupun PM berasal dari Johor, ianya tidak mampu memberikan kelebihan dan survival politik lebih jauh ke hadapan kepada Bersatu daripada diserang dari dalam kesatuan Pakatan Nasional oleh Umno.

Begitu juga yang terjadi kepada seluruh parti Bersatu disemua tempat atau negeri. Termasuklan diPerak, Melaka apatah lagi diKelantan dan Terengganu. Pemimpin Umno kini memandang Bersatu dengan sebelah mata sahaja. Tiada apa apa kelebihan, aura dan kelebihan yang ada pada TSMY. Hanya menunggu masa untuk dikorbankan sahaja. Ini berbeza dengan Imej yang ada pada Tun M. Dan nyata ianya berbeza diSelangor sebuah negeri diperintah oleh PH dan Bersatu tidak menerima layanan buruk sepertimana dinegeri lain yang Umno amalkan.

Semua lawan politik Tun M mengkagumi ketokohan dan karisma yang ada pada Tun. Dengan aura dan ketokohan Tun M jugalah yang dapat menumbangkan BN selama berdekad lamanya walaupun tokoh politik bersilih ganti ingin menumbangkan BN/Umno dalam pru yang sebelumnya.

Kedengaran sudah kekesalan ramai ahli Bersatu yang telah mengikuti TSMY. Rupanya mendung hitam bersama taufan ditengah jalan setelah pulang daripada makan besar masakan chef Azmin diHotel Sheraton tidak mengenyangkan.

Siapa yang bersalah ?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu