Tebuk Atap: Ini bukan masa berebut jawatan...!!

Penganalisis politik berpendapat bahawa situasi semasa negara ketika ini yang berdepan pandemik Covid-19 bukan masa yang sesuai untuk membincangkan sebarang pelantikan jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Sebaliknya, katanya, kerajaan perlu memberi perhatian kepada strategi untuk mengembalikan negara kepada kehidupan harian tanpa ancaman Covid-19.
"Pertama, saya meminta maaf, saya tidak lihat surat yang dikatakan yang ditujukan kepada Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin). Masih terlalu awal membuat sebarang kesimpulan dan terpulang kepada mereka untuk bincang.
"Tapi, ini bukan masa untuk bincang. Perlu fokus kepada bagaimana menguruskan pandemik Covid-19," kata Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung dari, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas sepucuk surat yang dikatakan dikirim Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin untuk meminta agar pemimpin Umno Sabah dilantik menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan.
Surat bertarikh 16 April itu juga dikatakan meminta Muhyiddin mempertimbangkan melantik empat pemimpin Umno Sabah memegang jawatan-jawatan tertentu, atas nama semangat Perikatan Nasional (PN).
Ia termasuklah cadangan melantik Bung Moktar yang juga ahli parlimen Kinabatangan, sebagai pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah; Anggota Parlimen Kimanis Mohamad Alamin, sebagai timbalan menteri persekutuan; dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.
Turut dicadangkan dalam tuntutan berkenaan ialah agar  Timbalan Ketua Umno Sabah merangkap ahli majlis tertinggi parti itu, Yakubah Khan, dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
Mengulas lanjut, Dr Lee berkata, adalah pramatang untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung isu berkenaan.
"Lambat laun akan ada juga jawatan kepada pemimpin Sabah di kerajaan pusat," kata Dr Lee lagi.
Tak boleh dijadikan imbuhan
Sementara itu, pemerhati politik Dr Jeniri Amir berkata bahawa semua parti politik mempunyai hak untuk memohon jawatan di kerajaan.
Namun, katanya, terpulang kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk bersetuju atau tidak dengan cadangan yang diajukan.

"Maka, yang penting lantikan ini tidak boleh sekadar habuan atau imbuhan untuk kukuhkan kedudukan," katanya.
Menurutnya, sebarang lantikan melibatkan pemimpin politik perlu mengambil kira pengalaman, kemahiran dan kemampuan mereka menguruskaan GLC.
"GLC perlu berada di landasan yang betul. Kita nak GLC ini beruntung bukan bermasalah.
"Kita tidak boleh nampak sebarang salah guna kuasa dan kepentingan peribadi yang dilantiknya," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata bahawa beliau masih menunggu maklum balas daripada Muhyiddin berhubung perkara itu.
Katanya, hanya selepas maklum balas berkenaan Umno Sabah akan mempertimbangkan langkah seterusnya.
“Belum ada apa-apa maklumat. Tunggu dulu respons perdana menteri,”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu