Hamzah dulu tikam UMNO, kini Bersatu

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilabelkan sebagai individu yang telah menikam parti dan juga bekas partinya, UMNO.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Aramda) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendakwa Menteri Dalam Negeri itu adalah individu yang sama mengetuai gerakan untuk memecat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah Ahli Parlimen Muar itu mendedahkan Hamzah juga individu yang sama datang berjumpa beliau dan memujuknya untuk meninggalkan perjuangan Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Saya ingat lagi, sebelum PRU ke-14, salah seorang menteri jumpa dengan saya dan cuba untuk tarik saya keluar dari Bersatu, tidak lain tidak bukan adalah orang yang sama yang mengepelai Bersatu sekarang ini untuk membuang Tun (Dr Mahathir Mohamad).
“(Beliau) memanggil saya ke pejabat dia dan bila berjumpa, dia juga yang tengah berkuasa (sebelum PRU ke-14) berkata bahawa Muhyiddin gila jawatan nak jadi perdana menteri. Sebab itu dia (Muhyiddin) masih menyerang Najib Razak (pada ketika itu).
“Malangnya orang ini sekarang diberi kuasa besar untuk tentukan hala tuju Bersatu,” katanya pada sidang media Armada di sini hari ini.
Syed Saddiq turut memberi nasihat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menghargai rakan sama ada sewaktu berdepan masa sukar atau ketika senang.
“Saya nak ingatkan Muhyiddin bahawa ingatlah rakan kamu dalam keadaan susah dan senang, dan siapa yang tinggalkan kamu dan tikam di belakang sehingga tiada kuasa sampai melabel kamu sebagai seorang yang gila jawatan.
“Saya berharap kemelut parti dapat diselesaikan apabila mandat diberikan kepada akar umbi secepat mungkin.
“Bersatu sudah ditubuhkan empat tahun dan belum sekali pun kita mengadakan pemilihan parti. Biarkan parti ditentukan akar umbi
“Saya ucap maju jaya kepada rakan baharu UMNO untuk bekerjasama dengan Hamzah yang pernah bersama UMNO dan pernah tikam kalian dan kini Bersatu,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar