Pemuda PH lapor SPRM, gesa buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin
Pemuda AMANAH Nasional hari ini membuat
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
satu audio yang didakwa terbabit dengan cubaan rasuah menawarkan jawatan
bagi membeli sokongan.
Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin berkata, audio yang mirip suara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, merancang untuk menawarkan ‘suapan’ jawatan sebagai sogokan untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Katanya, secara jelas apa yang dilakukan Muhyiddin itu berkait dengan salah laku rasuah dan sogokan pangkat yang melanggar Akta SPRM 2009.
“Dengan terang dan jelas, Muhyiddin merancang menggunakan kedudukan dalam kerajaan dengan menawarkan jawatan sebagai Menteri dan Pengerusi GLC untuk mendapatkan balasan lengkap Ahli Parlimen kepada beliau dan pimpinan tinggi Parti Bersatu.
“Setakat ini, tiada langsung mana-mana individu yang ditawar dan mendapat jawatan tersebut tampil kehadapan bagi melaporkan salah laku rasuah yang dibuat oleh Muhyiddin,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
Laporan tersebut dibuat bersama antara tiga sayap pemuda Pakatan Harapan termasuk Ketua Pemuda DAP, Howard Lee dan Exco Armada, Abu Hafiz Salehudin pro Mahathir.
Terdahulu, tular satu rekoding suara dipercayai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang merancang untuk membeli sokongan Ahli Parlimen dengan tawaran jawatan dalam syarikat berkait kerajaan (GLC).
Audio yang tersebar itu didakwa dirakam pada mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu.
Walaubagaimana pun, satu lagi sayap pemuda parti PH iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak kelihatan turut serta membuat laporan di ibu pejabat SPRM hari ini.
Dalam pada itu, Shazni menggesa agar SPRM segera membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin bagi menyiasat kesahihan audio berkenaan.
Jelasnya, tindakan Muhyiddin itu bukan sahaja salah dari aspek perundangan, bahkan salah dari aspek moral dan amat memalukan bangsa Melayu.
“Sekiranya tindakan Muhyiddin ini dibuat di luar negara, rakyat sudah pastinya turun ke jalan raya dan mendesak pemimpin korup sebegini untuk meletak jawatan,” katanya.
Kata Shazni lagi, selepas merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan, terbukti PN telah membahagi-bahagikan jawatan Menteri dan GLC seperti yang dirancang Muhyiddin dalam audio tersebut.
Beliau juga menempelak apa yang dilakukan PN ibarat membahagikan harta rompakan.
“PN mengagihkan jawatan-jawatan ini ala adegan perompak dalam filem Nujum Pak Belalang.
“Membahagikan harta rompakan dalam gua ‘satu untuk kau, satu untuk aku’, ‘jawatan untuk kau, sokongan untuk aku’.
“Justeru saya menggesa agar SPRM segera membuka kertas siasatan berhubung audio terbabit,” tegasnya.

Ulasan
Catat Ulasan