Politik Malaysia perlu bebas dari paranoia terhadap DAP, Anwar
Mengikut definisi Wikipedia, paranoia ialah naluri atau proses
berfikir yang dipercayai banyak dipengaruhi oleh kebimbangan atau takut,
sering ke sudut khayalan dan tidak rasional.
Politik Malaysia juga berpaksi kepada paksi-paksi paranoia.
Ada yang menjadikan DAP sebagai paksi paranoia dalam pemikiran politik mereka. Bagi mereka, negara ini akan aman, sejahtera, maju, dan damai tanpa DAP. Segala masalah dan kejahatan berpunca dari DAP.
Ada yang menjadikan Anwar Ibrahim sebagai paksi paranoia. Bagi mereka, beliaulah punca segala masalah keserabutan politik. Segala keburukan di dunia dikaitkan dengan Anwar; dari Israel, CIA Amerika, Freemason, Liberalism, LGBT, sehinggalah kepada kejatuhan harga saham dunia … semua mahu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Semua salah Anwar! Ini aliran politik yang berpaksi kepada paranoia Anwar.
Kedua-dua paksi paranoia di atas bercantum dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Ada juga yang menjadikan Tun Mahathir sebagai paksi paranoia politik
mereka. Bagi mereka, Tun Mahathir adalah bapa kepada segala keburukan ,
keserakahan, dan pengkhianatan. Semuanya angkara Tun Mahathir. Kalau
politik Malaysia mahu pulih, Tun Mahathir tidak boleh ada. Dia mesti
disingkir terus dari politik Malaysia. Selagi ada Tun Mahathir, politik
Malaysia tidak akan aman.
oia politik yang baru muncul pula ialah Azmin Ali. Tidak kurang juga yang berpendirian, apa nak nak jadi dengan politik Malaysia pun jadilah, yang penting politik Azmin mesti dikuburkan. Beliau adalah manusia yang tidak boleh dibiarkan terus hidup dalam dunia politik Malaysia. Orang seperti saya juga tidak terkecuali. Paksi paranoia politik saya ialah Umno. Saya sangat yakin dan percaya, kerosakan sistem politik dan kebejatan amalan berpolitik di negara kita berpunca dari Umno. Paksi paranoia ini teguh terpasak dalam pemikiran saya sejak saya mula kenal politik lebih 30 tahun dulu dan ianya masih kekal sehingga hari ini.
Ada yang berpandangan, untuk benar-benar membina Malaysia Baharu dengan nilai-nilai politik yang lebih murni dan konstruktif, semua paksi-paksi paranoia ini perlu disingkir terus dari politik negara.
Biar politik Malaysia ini bebas sepenuhnya dari paksi-paksi paranoia seperti Umno, Tun Mahathir, Anwar, Azmin, dan DAP.
Adakah anda setuju?
Politik Malaysia juga berpaksi kepada paksi-paksi paranoia.
Ada yang menjadikan DAP sebagai paksi paranoia dalam pemikiran politik mereka. Bagi mereka, negara ini akan aman, sejahtera, maju, dan damai tanpa DAP. Segala masalah dan kejahatan berpunca dari DAP.
Ada yang menjadikan Anwar Ibrahim sebagai paksi paranoia. Bagi mereka, beliaulah punca segala masalah keserabutan politik. Segala keburukan di dunia dikaitkan dengan Anwar; dari Israel, CIA Amerika, Freemason, Liberalism, LGBT, sehinggalah kepada kejatuhan harga saham dunia … semua mahu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Semua salah Anwar! Ini aliran politik yang berpaksi kepada paranoia Anwar.
Kedua-dua paksi paranoia di atas bercantum dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
oia politik yang baru muncul pula ialah Azmin Ali. Tidak kurang juga yang berpendirian, apa nak nak jadi dengan politik Malaysia pun jadilah, yang penting politik Azmin mesti dikuburkan. Beliau adalah manusia yang tidak boleh dibiarkan terus hidup dalam dunia politik Malaysia. Orang seperti saya juga tidak terkecuali. Paksi paranoia politik saya ialah Umno. Saya sangat yakin dan percaya, kerosakan sistem politik dan kebejatan amalan berpolitik di negara kita berpunca dari Umno. Paksi paranoia ini teguh terpasak dalam pemikiran saya sejak saya mula kenal politik lebih 30 tahun dulu dan ianya masih kekal sehingga hari ini.
Ada yang berpandangan, untuk benar-benar membina Malaysia Baharu dengan nilai-nilai politik yang lebih murni dan konstruktif, semua paksi-paksi paranoia ini perlu disingkir terus dari politik negara.
Adakah anda setuju?
Ulasan
Catat Ulasan