Ahli akademik saran PH sokong Anwar, bukan Dr M
Seorang ahli akademik menyarankan DAP dan Amanah tidak mempromosikan
Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan
selepas ahli politik itu menolak kerjasama dengan presiden PKR, Anwar
Ibrahim.
“Lebih wajar PH menyebelahi Anwar dan teruskan hidup,” kata Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia.
“PKR ada lebih banyak bilangan ahli Parlimen berbanding Mahathir, yang hanya ada 4 bekas ahli Parlimen PPBM dan Warisan.”
Semalam, dalam temubual dengan Sin Chew Daily, Mahathir menolak
cadangan beliau menjadi menteri kanan atau mentor menteri sekiranya PH
kembali membentuk kerajaan.
Beliau dilapor berkata tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana ahli Parlimen Port Dickson itu tidak mahu bekerja dengannya.
Katanya, beliau perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri.
DAP dan Amanah sebelum ini menyeru PKR kembali kepada konsensus PH menyokong Mahathir sebagai perdana menteri, mengatakan Anwar dijangka tidak akan dapat majoriti cukupnya di Parlimen.
Beberapa pihak dalam PKR tidak boleh terima seruan itu, termasuk seorang pemimpin Pemuda yang berkata PKR wajar keluar PH.
Azmi berkata hakikatnya Mahathir yang perlukan Anwar kerana beliau ada sokongan lebih 30 ahli Parlimen PKR.
“Tanpa Anwar dalam PH, mustahil untuk dapat bilangan secukupnya untuk kalahkan kerajaan Perikatan Nasional,” tambahnya.
Beliau berkata PH tidak akan menjadi pembangkang yang kuat tanpa PKR dan perbalahan berterusan memberi peluang kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengukuhkan kedudukannya.
James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata keputusan untuk meninggalkan Mahathir atau terus menyokong ahli politik itu suatu perkara yang sukar bagi DAP dan Amanah.
“Sekiranya mereka abaikan Mahathir dan tumpu pada pilihan raya umum ke-15 bersama PKR, ia akan beri masa kepada Muhyiddin untuk mengukuhkan kerajaannya dan bina kekuatan gabungannya untuk pilihan raya itu.”
Beliau memberi amaran PN mungkin cuba memujuk Mahathir menyertainya jika beliau bukan calon perdana menteri PH.
“Ada kemungkinan Mahathir akan berhijrah ke PN,” katanya. “Jika itu berlaku, ia suatu bencana bagi PH.”
Tetapi Chin percaya PH akan temui penyelesaian kepada krisis ini kerana gabungan itu tahu perpecahan akan mematikan sebarang peluang untuk membentuk kerajaan atau memenangi PRU-15.
Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia pula percaya Mahathir mustahil jadi perdana menteri tanpa sokongan Anwar kerana jumlah kerusi parti itu.
“Mahathir dan Anwar saling perlu sokong-menyokong,” katanya, dan menambah PH harus bersedia untuk PRU-15 dan bukannya terbabit dengan perebutan kuasa antara 2 ahli politik itu.

Ulasan
Catat Ulasan