Bagaimana senario politik Malaysia jika PRU15 tahun ini?
Sebab tak ada lagi survei rasmi di buat jadi anggapkan tulisan ini sebagai hipothesis ilmiah yang terdekat. Apa yang sebenar akan berlaku hanya Allah yang tahu. Nak situasi politik kita ini lebih suspend dari final bola world cup. Kalau lepa satu saat sahaja situasi sudah berubah.
Ini di tulis berdasarkan yang kalau MY survive undi percaya sidang parlimen bulan 7. Dan juga jika somehow MY berjaya lulus budget 2021 dalam bulan November dengan gula-gula pilihanraya. Kecualilah dia bentang budget gula-gula pilihanraya lepas tu tak sempat undi sidang parlimen dah di tangguhkan ( sudah ada duluan jadi tak mustahil). Ini juga di tulis dengan andian kemelesetan ekonomi sudah di rasai oleh rakyat bawahan dan moratorium bank sudah kena bayar balik.
UMNO sendiri akan terus tekan MY untuk bubar parlimen. Dengan lantikan menteri UMNO dalam PN sekarang tak menguntungkan UMNO dan lagi lama PN hidup, lagi lemah UMNO. Dan UMNO juga sudah bising bab bersatu MY hendak bertanding kerusi UMNO. Dah la kena kongsi dengan PAS, lepas tu pula kena kongsi dengan Bersatu. Bersatu both side MY dan TunM ni dua-dua pelik, parti yang kecil dalam PN dan PH tapi nak demand macam paling besar.
Anggapkan PN masuk PRU15 sebagai satu entiti bersama.
Ini adalah dengan assumption UMNO, Bersatu, PAS, MIC dan MCA berjaya ketepikan perbezaan mereka dan bersetuju berkerjasama; kalau ini terjadi PH berkemungkinan besar akan kalah di kerusi Melayu. Persoalan besar dia, mereka nak bertanding pakai bendera apa? UMNO, MIC dan MCA oklah bertanding di bawah BN. Bersatu nak bertanding pakai bendera BN juga? Kalau nak BN kena buat mesyuarat dan invite bersatu secara rasmi. Paling logik kalau MY bawa bersatu masuk UMNO tapi nak buat tu maknaya UMNO dan Bersatu kena buat AGM dan usul penggabungan. Kalau pun UMNO dan bersatu bergabung, you can only have 1 presiden dan 1 timbalan, siapa pula yang nak jadi presiden dan siapa timbalan? Itu tak masuk bab orang bawah lagi, cerita atas kertas mmg senang, ingat senang ker Ketua Bahagian UMNO nak lepas kerusi pada KB Bersatu? jangan cerita bab perpaduan melayulah kalau benda basic macam ini pun tak boleh bertolak ansur.
UMNO akan cuba pressure MY sebelum Zahid dan Najib di jatuhkan hukuman. Saya rasa both of them akan di dapati bersalah; ia akan boost imej MY dan lemahkan UMNO, tapi UMNO pun bukan baru sehari dua main politik. Lepas ni tak tau apa lagi yang MY kena gadaikan untuk timbal balik sokongan. Itu tak ambil kira sentimen rakyat makin susah sebab ekonomi tak cantik. Minyak kalau naik harga akan tambah beban sebab PN buang harga siling petrol tempoh hari, ingat tak? Bila rakyat dah ramai mengelupur masa itu depa tak kisah dah abah baca doa ke, abah jadi imam ker, selagi mulut anak depa tak senyap akibat lapar selagi itu mereka masih ada amarah. Dan jangan ingat yang mereka akan lupa PN sanggup berpolitik time Covid dan bubar parlimen tak kira nasib orang bawah yang menderita. Rakyat tengok tindakan kerajaan, bukan takat percaya apa yang PM sembang.
Lagi best PAS pun nak pakai logo BN juga ke? kalau PAS pakai logo BN, ahlan wa sahlan la. PAS maybe boleh menang few seats kat pantai barat, tapi kat pantai timur PAS akan bungkus kalau pakai logo BN, ingat walaun tak nak undi SONA. Lagi satu PAS mmg prefer bersama dengan PN sebab PN kerajaan, depa dapat tunggang jentera kerajaan. Ingat dulu masa PRU14 pun depa olok2 lawan BN, dalam diam depa duk baham duit BN. Lagi satu kalau PAS bersama dengan PN, apa tujuan mereka bertanding lagi? Allah dah bagi mereka kuasa cara salah pun mereka tak boleh buat hudud, haram arak dan judi, keadilan untuk arwah bomba, air kat kelantan pun settle 2030. Memang PAS sendiri tak ada modal untuk kempen PRU15 nanti sebab DAP tak ada dalam kerajaan kalau nak jadi kambing hitam.
Ini kena ingat hanya di semenanjung, kat Swak dan Sabah mereka tak boleh terima PAS sebab extremis. GPS depa kan cuba distant dengan PN sebab PAS ada dalam tu dan tagline mereka jangan sokong parti malaya akan backfired. Jadi PH masih ada peluang menang di kerusi parlimen sabah dan sarawak.
Kalau 3 Penjuru PH, MN ( PAS bersatu) dan BN
ini scenario terbaik untuk PH; mostlikely akan jadi macam PRU14 bila undi melayu split. Kalau bersatu dan PAS bertanding pakai bendera sendiri tapi agree untuk tak overlap each other, mereka akan jadi vote spoiler undi melayu. Kartel Azmin kalau nak hidup di akan cepat2 masuk bersatu macam Afif. Tapi jemin kalau masuk bersatu sekarang hanya jadi ahli biasa jadi cita2 dia nak jadi PM akan terhalang. Saya berminat juga nak tengok pengakhiran kisah pengkhianatan kartel ini. Kalau 3 penjuru BN boleh menang balik di kawasan kampung, dan PAS hanya boleh menang di pantai timur sahaja.
Walaupun risiko untuk PH kalah tinggi, tapi at least kita sendiri sudah kukuh dengan 3 entiti yang bertanding atas harapan yang sama. Kalau menang bonus, kalau kalah at least kita berpegang pada prinsip. Hidup miskin berprinsip lebih mulia dari mati kaya dengan duit lendir. Mungkin boleh dipertimbangkan jika PH pakai bendera PKR di semenanjung sebab bendera harapan sendiri sudah di cemari selama 22 bulan.
Dan kepada yang tak ada parti nak bertanding PRU15, saya ucapkan selamat berjaya. Ikut sejarah kat semenanjung bertanding bendera bebas susah nak menang kecuali atas kes-kes istimewa macam YB Batu dan Shahir Samad kalau tak silap. Time itu nanti boleh la kita tengok kuat mana jentera masing-masing, mungkin masa kempen PRU15 nanti boleh la guna analogi galah sejengkal dan reteorik melayu malas; siapa tahu boleh menang semua saluran peti undi melayu. Cui bono?
Ulasan
Catat Ulasan