PM "tebuk atap" serah usul 'luar kebiasaan' - singkir speaker Ariff, timbalan Nga
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul
untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan
timbalannya Nga Kor Ming.
Seorang lagi timbalan speaker, Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon, kelihatan tidak terjejas.
Nga mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.
"Ini
telah dimasukkan ke dalam agenda," katanya, sambil menjelaskan semua
usul yang mematuhi peraturan parlimen akan ditangani secara adil.
Terdahulu, harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan
Muhyiddin akan mengemukakan usul untuk membuang dan menggantikan Ariff
dan Nga pada 13 Julai depan, hari pertama persidangan Dewan Rakyat akan
datang.
Pergantian
itu dibuat di bawah Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan: "Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang
di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana
persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama
kali selepas suatu pilihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan
Yang di-Pertua atau, jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir
atau jika kedua-dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain
sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat,
hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua."
MP Pagoh dilaporkan menyerahkan usul itu pada jam 4.50 petang semalam, sepuluh minit sebelum tempoh tamat berakhir.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan