PNipu: Dulu 1 bulan, sekarang 3 bulan isytihar harta....
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut melaksanakan arahan
beliau sebelum ini bahawa semua menteri kabinet dan ahli Parlimen perlu
mengisytiharkan harta mereka dalam masa sebulan.
Namun semalam, Muhyiddin mengumumkan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya bahawa pengisytiharan harta itu akan dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah.
Perkara itu diumumkan Muhyiddin selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti rasuah (JKKMAR) siri ke 12 semalam.
Berikutan itu, pelbagai pihak mempersoalkan pengumuman Muhyiddin itu.
“Bila nak isytihar harta?” tanya peguam Sharedzan Johan melalui twitternya ekoran pengumuman Muhyiddin itu.
“Masa mula-mula mesyuarat Kabinet (Mac 2020), kata isytihar harta dalam masa sebulan.
“Sekarang dan anjak jadi 3 bulan pula. Ok on ke tak on ni,” tanya Shahredzan lagi.
Pada Mac lalu, tidak sampai sebulan selepas mengambil alih kerajaan, Muhyiddin telah mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa sebulan.
Ia turut dipersetujui oleh rakannya, Pas yang sebelum ini menentang langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan
Catat Ulasan