Kerajaan bawah tanah akan tertegak untuk makmurkan kembali negara
Percayalah, ahli politik tidak boleh diperlakukan sebegini. Sekat
sana, tutup sini. Tawar itu, ugut ini. Bawa lari, bagi itu, terima ini.
Amaran keras. Bawa pertuduhan ke mahkamah. Dibebaskan daripada
pendakwaan. Pujuk rayu hingga patah tulang tengkok berpusing-pusing
mengatur kata. Lompat sana. Menyeberang sini. Dalil itu, hujah ini.
Percayalah ahli politik jika diperlaku sebegini rupa, ia akan menjadi berhala yang lebih berkuasa. Berhala sembahan manusia yang lapar, kemaruk dengan kuasa. Ia lebih bertenaga dan bernafsu. Bergadang-gadang impaknya.
Politik sebegini akan membawa negara ke satu dimensi politik yang lebih liar dan buas. Kitab Michavelli wajar dikhatam sebelum menerima segulung ijazah. Atau biarkan saja rakyat menjadi pandir secara berjemaah.
Politik yang menghakis kuasa rakyat. Politik yang menjadikan kerajaan tersangat lemah. Politik yang menjadikan feudalisme bertakhta lebih kuat. Politik yang memperdagangkan negara dan segala isinya untuk setan dan berhala.
Pilihan raya adalah salah satu jalan yang diperkenalkan oleh sistem demokrasi untuk mengurus kuasa dan rakyat. Parti atau ahli politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat akan dipilih sebagai pemimpin kerajaan.
Maka, kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat atau pengundi melalui pilihan raya disebut sebagai kerajaan rakyat atau kerajaan demokrasi. Datang memperolehi kuasa dengan melalui pintu hadapan. Lawan secara anak jantan. Bukan main jalan belakang.
Rakyat pilih pemimpin sebagai wakil suara mereka di dewan legislatif. Wakil rakyat membawa aspirasi rakyat yang melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Rakyat bukan memberi kuasa kepada wakil rakyat memilih sekutu mereka sendiri.
Hal ini kerana sebelum pilihan raya masing-masing sudah ada kesepakatan untuk bersekutu dengan sekutu-sekutu yang diyakini.
Sayangnya kerajaan pintu hadapan yang diberi mandat oleh rakyat tersembam ke bumi setelah hanya 22 bulan di Putrajaya. Kemudian 100 hari berlalu untuk kerajaan baru.
Buat-buat tak sedar
Jangan salahkan PAS – parti yang penuh kemulian. PAS wajar berperasaan demikian kerana mereka sudah lama berjuang tanpa dapat menggenggam kemenangan.
Umno pun jangan dipersalahkan. Umno sendiri akur keterlanjuran pemimpinnya membelasah wang negara. Memang wajar diajar pemimpin itu.
Pemimpin yang korup sahaja perlu dipersalahkan. Biarlah mahkamah menentukan untung nasib mereka. Atau mereka sendiri akan menentukan untung nasib mahkamah.
Kejatuhan kerajaan pintu hadapan Malaysia adalah angkara parasit yang membesar dalam perut dan usus PH sendiri. Parasit yang tumbuh daripada darah daging PH. Bukannya orang lain. Inilah masalah kubra PH.
Dalam melawan kerajaan kleptokrasi BN yang membarah, PH sebenarnya menternak saki-baki parasit yang mencari nyawa buat bernafas. Ia berlaku secara sedar dan buat-buat tidak sedar diri.
Para parasit ini mengusung diri ke hulu ke hilir hingga menjadi
buncit sebuncitnya semasa PH di tampuk kuasa. Ia kenyang hingga sendat
semua isi rongga tembolok, usus dan perut. Membusung dengan penuh
bergaya.
Parasit itu membentuk kartel busuk yang berketul-ketul. Memeram sepanjang tempoh PH berkuasa sehingga memang cukup masak untuk keluar. Kartel itu tersembul keluar melendir, sangat mengiurkan sang pelapar kuasa.
Gambar fail
Kebusukan ketulan itu berselirat meliputi seluruh ruang sesempit kangkang kera itu. Bergasak-asak, tolak menolak sesama sendiri seperti enau melepas pucuknya. Bak pepatah orang putih: “Why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?”
Kartel yang tersembul dari lubang belakang panas seketika. Sesekali
terasa lega. Kebusukannya mencucuk ke dalam lubang hidung. Kembang kecut
lubang belakang berkira-kira memuntah rasa dan benda pada setiap masa.
Entah sejak bila istilah ‘belakang’ ini kerap diratib di kedai kopi dan serambi rumah kebelakangan ini. Mesti ada perancang besar yang mengatur naratif ‘belakang’ mempunyai nilai perdana, penting dan halal.
Apabila dituduh bahawa mereka adalah satu permuafakatan yang menubuhkan kerajaan dari pintu belakang, ramai yang meloncat marah. Tidak kurang juga yang mengamuk sakan sehingga tercabut akal dan budi.
Ramailah berhujah dengan segala buku perlembagaan, kitab sejarah
serta titah para sultan dan segala raja. Lagi dihujah, lagi banyak
dibahas. Tidak habis-habis. Semuanya bagai menuang air ke daun keladi.
Tidak menjadi.
Akan tetapi, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang meredakan keadaan yang kalut-malut. Sungguh damai cara Islam menyelesaikan permasalahan yang sangat kritikal. Beliau beranalogi bahawa kerajaan PN bukan kerajaan pintu belakang tetapi adalah kerajaan tebuk atap.
Awalnya tidak terjangkau akal untuk memikirkannya. Ia menuntut ilmu yang tinggi. Tetapi setelah disyarah kerap, ia bermaksud bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan sah yang memiliki unsur luar biasa, spritual dan magis.
Hujah paling ampuh adalah dari langit ke tujuh. Tiada siapa yang mampu menembus langit pertama. Apatah lagi untuk ke langit tiga atau langit kelima. Hanya manusia pilihan Tuhan sahaja yang boleh ke sana. Rugilah kepada mereka yang tidak terpilih atau namanya tersenarai.
Berkhidmat dengan buku
Oleh itu, kerajaan tebuk atap harus dikekalkan meski kini ada usaha mengembalikan PH untuk berkuasa semula. PH dan Mahathir Mohamad sedang cuba meruntuhkan kerajaan tebuk atap dan membina sebuah kerajaan bawah tanah. Ini bukan ‘deep state’ atau daulah terpendam seperti yang dipelajari dalam sains politik.
Pembentukan kerajaan bawah tanah bergerak senyap, kelam dan penuh rahsia. Laut China Selatan tidak berhenti geloranya. Ia sedang bergerak. Segala tiang-tiang pelantar habis bergegar jadinya. Jika tidak, mana mungkin orang nombor satu syarikat minyak negara melepaskan jawatan berkata penuh falsafah?
Kerajaan bawah tanah akan membongkar kembali segala apa yang ditalkinkan. Kerajaan bawah tanah akan kembali memakmurkan bumi tanpa mengira rupa, agama dan jantina. Kerajaan bawah tanah berkhidmat untuk rakyat dengan buku dan manifesto.
Masalah besar PH: nokhodanya ada dua. Satu di depan dan satu di buritan bahtera. Maka PH ke hadapan tidak, ke belakang pun tidak. Yang pasti membuang kudrat dan masa. Awak-awak sudah hampir penat. Penat bekerja, penat menanti.
Pada masa sama nakhoda dalam PN pula ibarat naga banyak kepala. Masing-masing mencari peluang. Masing-masing kenyang. Masing-masing membuat najis keliling pinggang. Rakyat juga yang merana, derita menahan kebusukan kartel tengik.
Kerajaan bawah tanah mungkin saja tidak kesampaian. Mungkin. Sudah ramai para pejuangnya tiada bernyawa dan berada pembaringan di bawah tanah buat selama-lamanya. Mati berangan. Mati dengan mata terbuka.
Namun apa pun terjadi, menanti kerajaan bawah tanah ini terbentuk di hadapan mata bukanlah harapan. Berhentilah berharap. Kerajaan bawah tanah perlu ditegakkan. Ia adalah penyudah muktamad kepada perlumbaan kuasa ini.
Sudah sampai waktunya memilih perkataan yang lebih sesuai sebagai sebuah pakatan politik. Lawan tetap lawan pun bukan slogan untuk dipegang kuat-kuat. Sampai bila harus mengharap? Sampai kapan harus melawan? Ajaklah para ahli bahasa mencipta kata. Kata-kata yang mempunyai kuasa.
Kerajaan bawah tanah ini akan memperlengkapkan bahasa politik negara. Politik ini bagai kitaran, ada yang jatuh, ada yang naik. Semua mengikut giliran sebagaimana fitrah ketulan kartel keji yang tersembul keluar. Hanya menunggu waktunya sahaja.
Percayalah ahli politik jika diperlaku sebegini rupa, ia akan menjadi berhala yang lebih berkuasa. Berhala sembahan manusia yang lapar, kemaruk dengan kuasa. Ia lebih bertenaga dan bernafsu. Bergadang-gadang impaknya.
Politik sebegini akan membawa negara ke satu dimensi politik yang lebih liar dan buas. Kitab Michavelli wajar dikhatam sebelum menerima segulung ijazah. Atau biarkan saja rakyat menjadi pandir secara berjemaah.
Politik yang menghakis kuasa rakyat. Politik yang menjadikan kerajaan tersangat lemah. Politik yang menjadikan feudalisme bertakhta lebih kuat. Politik yang memperdagangkan negara dan segala isinya untuk setan dan berhala.
Pilihan raya adalah salah satu jalan yang diperkenalkan oleh sistem demokrasi untuk mengurus kuasa dan rakyat. Parti atau ahli politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat akan dipilih sebagai pemimpin kerajaan.
Maka, kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat atau pengundi melalui pilihan raya disebut sebagai kerajaan rakyat atau kerajaan demokrasi. Datang memperolehi kuasa dengan melalui pintu hadapan. Lawan secara anak jantan. Bukan main jalan belakang.
Rakyat pilih pemimpin sebagai wakil suara mereka di dewan legislatif. Wakil rakyat membawa aspirasi rakyat yang melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Rakyat bukan memberi kuasa kepada wakil rakyat memilih sekutu mereka sendiri.
Hal ini kerana sebelum pilihan raya masing-masing sudah ada kesepakatan untuk bersekutu dengan sekutu-sekutu yang diyakini.
Sayangnya kerajaan pintu hadapan yang diberi mandat oleh rakyat tersembam ke bumi setelah hanya 22 bulan di Putrajaya. Kemudian 100 hari berlalu untuk kerajaan baru.
Jangan salahkan PAS – parti yang penuh kemulian. PAS wajar berperasaan demikian kerana mereka sudah lama berjuang tanpa dapat menggenggam kemenangan.
Umno pun jangan dipersalahkan. Umno sendiri akur keterlanjuran pemimpinnya membelasah wang negara. Memang wajar diajar pemimpin itu.
Pemimpin yang korup sahaja perlu dipersalahkan. Biarlah mahkamah menentukan untung nasib mereka. Atau mereka sendiri akan menentukan untung nasib mahkamah.
Kejatuhan kerajaan pintu hadapan Malaysia adalah angkara parasit yang membesar dalam perut dan usus PH sendiri. Parasit yang tumbuh daripada darah daging PH. Bukannya orang lain. Inilah masalah kubra PH.
Dalam melawan kerajaan kleptokrasi BN yang membarah, PH sebenarnya menternak saki-baki parasit yang mencari nyawa buat bernafas. Ia berlaku secara sedar dan buat-buat tidak sedar diri.
Parasit itu membentuk kartel busuk yang berketul-ketul. Memeram sepanjang tempoh PH berkuasa sehingga memang cukup masak untuk keluar. Kartel itu tersembul keluar melendir, sangat mengiurkan sang pelapar kuasa.
Gambar fail
Kebusukan ketulan itu berselirat meliputi seluruh ruang sesempit kangkang kera itu. Bergasak-asak, tolak menolak sesama sendiri seperti enau melepas pucuknya. Bak pepatah orang putih: “Why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?”
Entah sejak bila istilah ‘belakang’ ini kerap diratib di kedai kopi dan serambi rumah kebelakangan ini. Mesti ada perancang besar yang mengatur naratif ‘belakang’ mempunyai nilai perdana, penting dan halal.
Apabila dituduh bahawa mereka adalah satu permuafakatan yang menubuhkan kerajaan dari pintu belakang, ramai yang meloncat marah. Tidak kurang juga yang mengamuk sakan sehingga tercabut akal dan budi.
Akan tetapi, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang meredakan keadaan yang kalut-malut. Sungguh damai cara Islam menyelesaikan permasalahan yang sangat kritikal. Beliau beranalogi bahawa kerajaan PN bukan kerajaan pintu belakang tetapi adalah kerajaan tebuk atap.
Awalnya tidak terjangkau akal untuk memikirkannya. Ia menuntut ilmu yang tinggi. Tetapi setelah disyarah kerap, ia bermaksud bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan sah yang memiliki unsur luar biasa, spritual dan magis.
Hujah paling ampuh adalah dari langit ke tujuh. Tiada siapa yang mampu menembus langit pertama. Apatah lagi untuk ke langit tiga atau langit kelima. Hanya manusia pilihan Tuhan sahaja yang boleh ke sana. Rugilah kepada mereka yang tidak terpilih atau namanya tersenarai.
Berkhidmat dengan buku
Oleh itu, kerajaan tebuk atap harus dikekalkan meski kini ada usaha mengembalikan PH untuk berkuasa semula. PH dan Mahathir Mohamad sedang cuba meruntuhkan kerajaan tebuk atap dan membina sebuah kerajaan bawah tanah. Ini bukan ‘deep state’ atau daulah terpendam seperti yang dipelajari dalam sains politik.
Pembentukan kerajaan bawah tanah bergerak senyap, kelam dan penuh rahsia. Laut China Selatan tidak berhenti geloranya. Ia sedang bergerak. Segala tiang-tiang pelantar habis bergegar jadinya. Jika tidak, mana mungkin orang nombor satu syarikat minyak negara melepaskan jawatan berkata penuh falsafah?
Kerajaan bawah tanah akan membongkar kembali segala apa yang ditalkinkan. Kerajaan bawah tanah akan kembali memakmurkan bumi tanpa mengira rupa, agama dan jantina. Kerajaan bawah tanah berkhidmat untuk rakyat dengan buku dan manifesto.
Masalah besar PH: nokhodanya ada dua. Satu di depan dan satu di buritan bahtera. Maka PH ke hadapan tidak, ke belakang pun tidak. Yang pasti membuang kudrat dan masa. Awak-awak sudah hampir penat. Penat bekerja, penat menanti.
Pada masa sama nakhoda dalam PN pula ibarat naga banyak kepala. Masing-masing mencari peluang. Masing-masing kenyang. Masing-masing membuat najis keliling pinggang. Rakyat juga yang merana, derita menahan kebusukan kartel tengik.
Kerajaan bawah tanah mungkin saja tidak kesampaian. Mungkin. Sudah ramai para pejuangnya tiada bernyawa dan berada pembaringan di bawah tanah buat selama-lamanya. Mati berangan. Mati dengan mata terbuka.
Namun apa pun terjadi, menanti kerajaan bawah tanah ini terbentuk di hadapan mata bukanlah harapan. Berhentilah berharap. Kerajaan bawah tanah perlu ditegakkan. Ia adalah penyudah muktamad kepada perlumbaan kuasa ini.
Sudah sampai waktunya memilih perkataan yang lebih sesuai sebagai sebuah pakatan politik. Lawan tetap lawan pun bukan slogan untuk dipegang kuat-kuat. Sampai bila harus mengharap? Sampai kapan harus melawan? Ajaklah para ahli bahasa mencipta kata. Kata-kata yang mempunyai kuasa.
Kerajaan bawah tanah ini akan memperlengkapkan bahasa politik negara. Politik ini bagai kitaran, ada yang jatuh, ada yang naik. Semua mengikut giliran sebagaimana fitrah ketulan kartel keji yang tersembul keluar. Hanya menunggu waktunya sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan