Skandal 1MDB: Bekas CEO kini anggap nota janji RM9.92 bilion 1MDB 'tiada apa-apa nilai'
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kini
percaya nota janji bernilai AS$2.318 bilion (RM9.92 bilion) yang
diterima syarikat itu sebagai penebusan untuk pelaburannya, tiada
apa-apa nilai.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan rasuah RM2.28 bilion melibatkan dana 1MDB terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Shafee: Ini satu lagi kertas kerja. Ia berjumlah AS$2.318 bilion. Semua ini dikemukakan dalam enam nota janji. Semua kertas kerja, tiada bukti ia adalah dana. Melihat kembali, anda yakin ia tiada apa-apa nilai.
Shahrol: Ya.
Shafee: Anda yakin pada masa itu nota janji ini adalah betul dan ada nilai?
Shahrol: Ya.
Shafee: Ada sesiapa yang membuat penilaian terhadap nota-nota ini?
Shahrol: Pada masa itu, saya tidak membuat lebih penelitian. Saya terima dengan baik daripada (pegawai perundangan 1MDB) Jasmine Loo dan (pengarah kewangan 1MDB) Terence Geh. Saya tidak tanya tentang penilaian.
Shafee: Kemudian ketika siasatan, anda sedar ia hanyalah kertas?
Shahrol: Ya.
Loo dan Geh dipercayai merupakan sekutu kepada ahli perniagaan Jho Low, individu utama dalam skandal 1MDB.
Shafee merujuk kepada nota janji yang digunakan 1MDB untuk membeli "unit dana" yang dikatakan bernilai kira-kira AS$2.318 bilion.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam siasatanya menyimpulkan "unit dana" itu "secara relatifnya tiada nilai".
Wang tersebut berasal daripada usaha sama 1MDB dengan Petrosaudi International (PSI), ketika mana sebahagian besarnya didakwa telah diselewengkan, dan justeru memulakan siri langkah bagi menutup kerugian.
Menurut DOJ, 1MDB telah melaburkan AS$1.83 bilion (RM7.83 bilion) dalam usaha sama dengan PSI tetapi AS$1.03 bilion (RM4.41 bilion) telah dipindahkan ke Good Star Limited untuk ahli perniagaan Low Taek Jho dan sekutunya antara 2009 dan 2011.
Saham usaha sama itu kemudian ditukar kepada nota jangka sederhana Islam yang menurut DOJ "bernilai kira-kira AS$2.22 bilion (RM9.5 bilion), meskipun dengan hakikat bahawa sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion (RM4.41 bilion) telah dialihkan daripada pelaburan yang dinyatakan 1MDB dalam usaha sama itu".
Pada 2012, 1MDB menukar nota jangka sederhana Islam untuk 49 peratus pegangan dalam Petrosaudi Oil Services Limited yang dikatakan bersamaan dengan AS$2.22 bilion (RM9.5 bilion) walaupun asetnya pada masa itu hanya AS$93.6 juta (RM406 juta).
Pegangan itu kemudian ditebus dalam bentuk nota janji dan kemudian "dilaburkan" menerusi "unit dana" dalam Bridge Global Absolute Return Fund SPC, yang didaftarkan di Cayman Islands dan diuruskan Bridge Partners.
Arul Kanda Kandasamy - yang menjadi CEO sebelum Shahrol - dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 2018 berulang kali mengatakan "unit dana" itu memiliki nilai dan 1MDB boleh mendapatkan wangnya kembali.
DOJ dalam siasatannya juga mendakwa 1MDB telah membuat pinjaman bagi menutup unit dana yang "secara relatifnya tiada nilai" itu.

Ulasan
Catat Ulasan