'Ada YB kata wakil rakyat Sabah macam kraf tangan boleh dijual beli' - Ketua Menteri

MalaysiakiniKetua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata situasi politik di Sabah ketika ini menyebabkan terdapat tanggapan yang melihat wakil rakyat Sabah mudah dijual beli ibarat kraf tangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya hari ini ketika mengumumkan bahawa Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin sudah memberi perkenan untuk pembubaran dewan undangan negeri (DUN).

"Daripada awal saya ada 45 akuan berkanun (SD). Tebal SD (wakil rakyat yang sokong) saya. Tapi ada yang tak kuat iman. Dibeli, terbeli. Dijanji jawatan.

"Ada satu orang YB kata 'bagus kraf tangan Sabah'. Jadi kita ini jadi macam kraf tangan yang mudah dibeli, mudah dijual.

"(Tapi) saya yakin rakyat Sabah ada maruah," katanya tanpa menyebutkan YB (wakil rakyat) yang dimaksudkan.

Shafie juga mendakwa bahawa usaha menekan dan membeli wakil rakyat dari partinya adalah agar beliau akan menukar sokongan.

"Saya tahu, saya boleh pujuk, boleh beli (wakil rakyat), tapi inikah nilai wakil rakyat negeri Sabah yang kita mahu?

"Apa pengertian kepada rakyat yang meletakkan harapan?

"Justeru, saya melihat sudah sampai waktunya untuk kita pulangkan kepada rakyat untuk putuskan," katanya.

Semalam, bekas ketua menteri Sabah Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti untuk mengambil alih kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama hari ini, Shafie mendakwa Yang Di-Pertua Negeri sudah memberi perkenan untuk membubarkan DUN.

"Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT (Yang Di-Pertua Negeri) untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

"Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan," kata Shafie.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar