PH: Najib dibicarakan hasil kebangkitan rakyat pada 2018
Majlis
Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata orang ramai tidak akan dapat
melihat Najib Razak dibicarakan melalui proses undang-undang jika rakyat
tidak bangkit memberikan kemenangan kepada gabungan itu pada 2018.
Mengulas mengenai perkembangan terkini kes mahkamah membabitkan bekas perdana menteri itu, PH berkata, hanya selepas BN dikalahkan pada Pilihan Raya Umum 2018 barulah proses perundangan berkenaan dapat dijalankan.
"Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
Ia ditandatangani bersama oleh Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Najib disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan wang milik SRC International Sdn Bhd (SRC) bernilai RM42 juta.
Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berkata pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.
PH berkata isu penyelewengan berkenaan pernah dibangkitkan Anwar di parlimen seawal 2011.
Justeru Majlis Presiden PH mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses berkenaan, termasuk mantan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang memulakan proses perundangan tersebut.
Di sebalik sabitan berkenaan, PH berpendapat proses reformasi institusi secara menyeluruh perlu dilaksanaan bagi memastikan agar segala kepincangan dan kerosakan besar pada zaman BN tidak berulang.
“Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian mandat rakyat ke tempatnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Ulasan
Catat Ulasan