Shafie umum bubar DUN Sabah
Ketua Menteri Shafie Apdal hari ini memohon kepada Yang Di-Pertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sebalik isu mengenai sokongan terhadap pentadbirannya.
“Saya telah membuat keputusan untuk memohon kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri,” katanya pada sidang media hari ini, disambut laungan “Hidup Warisan!” daripada penyokong.
Shafie menjelaskan beliau berhak memohon pembubaran DUN dari segi undang-undang walau apapun sokongan yang didakwa dimiliki pembangkang.
“Saya masih ketua menteri,” tegasnya kepada para penyokong, menceritakan pertemuan dengan YDP Sabah pagi tadi.
“Dari segi jumlah pun tidak ada persoalan, tapi yang penting kepada kita
– kalau jumlah mereka katakan banyak sikit daripada kita – saya masih
ketua menteri.”
Shafie berkata beliau masih mempunyai 45 akuan berkanun.
Ulasan
Catat Ulasan