Skandal SRC: PAS tetap komited kerjasama dengan Umno
PAS
menegaskan komitmennya terhadap kerjasama dengan Umno susulan keputusan
bersalah yang dijatuhkan mahkamah terhadap bekas presiden Umno Najib
Razak semalam.
Perkara itu disuarakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan semalam.
"PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Najib hari ini (semalam).
"Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama Umno dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuh kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan - satu salah guna kuasa, tiga pecah amanah dan tiga pengubahan wang haram - berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hukuman itu akan dijalankan serentak, yang menjadikan tempoh sebenar hukuman penjara ialah 12 tahun. Najib juga didenda RM210 juta.
"PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerajaan PN," katanya lagi.
Sementara itu, Najib mengongsikan kunjungan Hadi bersama pemimpin PAS lain semalam.
Pemimpin PAS lain yang turut hadir ialah timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali.
"Sahabat sejati bukan saja mereka yang bersama susah atau senang, tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.
"Sahabat sejati sukar ditemui. Saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah," katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.
Susulan keputusan semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu "keputusan politik besar".
Perkara itu disuarakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan semalam.
"PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Najib hari ini (semalam).
"Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama Umno dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuh kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan - satu salah guna kuasa, tiga pecah amanah dan tiga pengubahan wang haram - berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd
Ghazali berkata pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah
ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.
Najib dijatuhkan hukuman
penjara 72 tahun bagi 7 pertuduhan jenayah membabitkan SRC
International - 10 tahun penjara bagi tiga kesalahan untuk kes pecah
amanah, dan 10 tahun penjara bagi tiga kesalahan pengubahan wang haram,
dan 12 tahun bagi satu kesalahan salah guna kuasa.Hukuman itu akan dijalankan serentak, yang menjadikan tempoh sebenar hukuman penjara ialah 12 tahun. Najib juga didenda RM210 juta.
Bagaimanapun hakim membenarkan hukuman ditangguh sementara menunggu rayuan Najib.
Abdul
Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata pihaknya yakin Najib
akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah
di peringkat rayuan nanti."PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerajaan PN," katanya lagi.
Sementara itu, Najib mengongsikan kunjungan Hadi bersama pemimpin PAS lain semalam.
Pemimpin PAS lain yang turut hadir ialah timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali.
"Sahabat sejati bukan saja mereka yang bersama susah atau senang, tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.
"Sahabat sejati sukar ditemui. Saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah," katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.
Susulan keputusan semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu "keputusan politik besar".
Ulasan
Catat Ulasan