Skandal SRC: Najib sumpah tak tahu RM42 juta selepas sabitan bersalah


Najib Razak yang disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International, bertegas beliau tidak tahu mengenai wang itu.
Bekas perdana menteri itu menafikan beliau pernah meminta atau ditawarkan wang itu di mahkamah.
“Saya tidak tahu mengenai RM42 juta itu,” katanya kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Beliau turut merujuk pencapaiannya sepanjang 9 tahun menjadi perdana menteri, termasuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan memantau pembangunan infrastruktur besar-besaran.
Beliau turut menyatakan prestasi baik Tabung Haji dan Petronas di bawah pentadbirannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu