Skandal SRC : Rafizi anggap keputusan mahkamah tepat, adil terhadap Najib

Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berpendapat keputusan mahkamah berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat dan adil.
Rafizi berkata, keputusan itu secara tidak langsung membuktikan usahanya selama ini dalam membongkar salah laku Najib adalah tidak sia-sia.
“Saya jarang ulas mengenai politik sekarang. Tetapi sebahagian besar masa saya sebagai ahli parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB dan SRC.
“Saya tidak pernah berharapkan apa-apa daripada usaha itu, tetapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi. Syabas Malaysia,” katanya di Facebook, hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman bersalah terhadap Najib melibatkan tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd bernilai lebih RM42 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan terhadap Najib.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar