Agama dilelong di pasaran politik

 Agama dilelong di pasaran politik


Diantara penyakit yang membarah dalam sistem dan budaya politik negara kita ialah permainan sentimen agama yang digunakan secara tidak bertanggungjawab bagi membina kebencian sebahagian kelompok rakyat terhadap satu kelompok rakyat yang lain. Tidak dinafikan, taktik sebegini memang cukup berkesan tetapi ialah sangat bahaya dan merosakkan.

Budaya politik ini telah merosakkan dan menimbulkan konflik yang berpanjangan di banyak negara di dunia dan sangat sukar dipulihkan. India, Lebanon, Bosnia, Serbia, Sudan, Ireland Utara, dan beberapa negara lain ada contoh yang jelas.

Ianya bukan sahaja berlaku sehingga menimbulkan konflik antara penganut agama yang berbeza, malah di kalangan penganut agama yang sama tetapi berbeza aliran (sectarian konflik). Ini berlaku di Iraq, Syria, Yaman, Pakistan, dan Afghanistan.

Hakikatnya, fenomena berlaku bila ada pihak yang ‘mengaqidahkan’ ideologi politik mereka dan ‘menyesatkan/mengkafirkan/memunafikkan’ ideologi politik yang tidak sealiran dengan mereka.

Di Malaysia, pemikiran politik seperti perlu dibendung secepat mungkin sebelum merebak. Retorik politik bersadurkan kebencian agama perlu dibuang jauh. Kalau satu pihak boleh dituduh ‘anti-Islam’, maka akan timbul tuduhan ‘anti Kristian’, ‘anti-Hindu’ dan seumpamanya. Ini hanya akan merebakkan kemarahan dan kebencian.

Saya mencadangkan agar satu undang-undang yang memupuk kesepakatan rakyat yang pelbagai dapat disegerakan. Antaranya, semua pertubuhan samada parti politik atau NGO mestilah terbuka untuk semua kaum dan agama. Mana-mana pertubuhan yang hanya membenarkan satu kaum atau penganut agama tertentu sahaja menjadi ahli adalah tidak sah dari sudut perundangan.

Akta Keharmonian Rakyat perlu digubal bagi memastikan Malaysia tidak terperangkap dengan tindakan menyalahgunakan sentimen agama untuk tujuan politik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu