MN atau PN : Keduanya adalah simbol pengkhianatan

 MN atau PN : Keduanya adalah simbol pengkhianatan

Pertanyaan ini sering diaju kepada saya oleh teman-teman setiap kali membicarakan masa depan politik Malaysia dan lawan Harapan menjelang PRU15 akan datang.

Respon saya – Sepertimana beberapa kepimpinan dan Ulamak pas tipu ahli-ahli pas dulu, khususnya sejak tahun 2008 sehinggalah kemuncaknya menjelang muktamar pemilihan pas tahun 2015 yang menyaksikan peristiwa perpecahan terbesar dalam Pas (lihat pengakuan terkini beberapa individu pemimpin pas), seperti itu jugalah elit-elit pemimpin umno kini menipu ahli-ahli umno di bawah sejak elit-elit politik umno ini desprate untuk kembali berkuasa.

Ahli-ahli dan kepimpinan umno di bawah hakikatnya akan menjadi mangsa daripada apa sahaja bentuk kerjasama politik yang wujud dan nantinya akan terbentuk rasmi antara umno pas dan Bersatu khianat. Sama ada Muafakat Nasional mahupun Perikatan Nasional, semua ini bakal memangsakan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin umno di bawah.

Mereka yang akan dikorbankan, sama seperti bagaimana ahli-ahli pas kini dikorbankan, asal sahaja beberapa kerat pemimpin dan ulamak mereka dapat bersemayam di mahligai kuasa.

Persetan dengan Hudud dan segala bagai yang digegak gempitakan sebelum ini, mereka sendiri yang ternyata telah “menggantung Hudud” di luar pintu Putrajaya, sepertimana yang mereka galak propagandakan saat mahu mencari alasan untuk Pas dibawa keluar daripada Pakatan Rakyat.

Dap dikambinghitamkan semahu-mahunya bagi menjayakan agenda halus dan awalnya disembunyikan ini. Ironi, kini kita boleh menyaksikan bagaimana masing-masing pakat berlumba bagi membuktikan usaha mereka masing-masing lebih awal untuk menjayakan penyatuan umno-pas!

Apa sebenarnya yang mereka harapkan, habuan? Daripada siapa?

Tidakkah mereka sedar, hakikatnya mereka sedang berbangga kerana dapat menipu dan berbohong kepada semua ahli pas yang dulunya memilih untuk percaya bahawa mereka tidak sepertimana yang kami tegaskan sebagai individu-individu pemimpin pas yang khianat sekaligus pro penyatuan umno pas !

Sebaliknya kami yang ternyata benar kini, diusahakan pada muktamar pas 2015 untuk diboikot, difitnah dan ditewaskan secara berjemaah, hasil daripada percaturan war room para pengkhianat sebenar pas yang beroperasi di pejabat umno.

Hakikatnya, politik melayu yg dibawa oleh Umno, Pas dan Bersatu (Khianat) jelas bukanlah politik untuk rakyat dan negara, sebaliknya politik merebut kuasa untuk diri, kroni dan parti. Politik khianat dan adu domba demi kuasa.

Benar perumpamaan yang sering digunakan oleh Haji Hadi sebelum ini darihal anjing-anjing yang bergaduh berebut tulang, masih ingat akan nasihatnya – belajarlah daripada anjing-anjing ini yang akan henti berebut tulang apabila hadapi ancaman daripada pihak lain, iaitulah Harapan.

Persis situasi mereka sekarang, mereka sanggup bersatu dan bekerjasama, bahkan Haji Hadi dengan bangganya menegaskan bahawa Pas tidak boleh berpisah dengan Umno dan Bersatu.

Namun percayalah, apabila ancaman itu sudah diketepikan nantinya, mereka akan kembali menyabung dan menggigit sambil mengajak rakyat seluruhnya untuk turut sama saling menyabung dan membenci sepertimana sejarah kurang lebih 50-60 tahun sebelumnya. Semua dek kerana kepentingan politik diri, kroni dan parti yang sempit.

Terbukti, ia sudah pernah berlaku dulu dengan terbentuknya Kerajaan Campuran Perikatan – Pas pada 1 Januari 1973. Pas juga pernah bertanding atas logo BN pada PRU tahun 1974, iaitu selepas parti Perikatan dijenamakan semula menjadi Barisan Nasional (BN), sebelum akhirnya Pas ditendang keluar pada tahun 1978 selepas Umno kembali kuat walau bersendiri tanpa pas. Pas juga meninggalkan PR pada tahun 2015 kerana percaya Pas kuat dengan berdiri sendiri.

Apa yang berlaku kini hakikatnya adalah ulangan sejarah!

Pengalaman yang sering diperingatkan oleh almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz agar jangan dipatuk kali kedua di lubang yang sama dan oleh ular yang sama. Saya percaya, masih ramai sahabat-sahabat pas yang ingat akan nasihat ini, tapi tidak cukup berani untuk bersuara menegur mereka yang sudah tenggelam dan asyik masyuk dengan posisi dan kuasa.

Tidak kurang mereka yang hanya mampu bersedih dan kekal duduk di dalam pas kerana khuatir mendapat reaksi boikot dan putus silaturrahim sekiranya mereka bertindak menegur atau menukar sokongan politik kepada parti-parti lain khususnya Amanah. Itulah pas, dan mahar yang perlu dibayar apabila meninggalkan mereka adalah semahal harga dan nilai silaturrahim yang pasti menjadi perkara utama yang akan perlu dipertimbangkan.

Simpati saya kepada pakcik makcik ahli-ahli pas yang menjejak usia tua, mereka sedar dan nampak pas sudah berubah tetapi tidak upaya lagi untuk berbalah sesama.

Sdr, agar negara dan rakyat tidak membuang masa dengan politik melayu seperti ini, eloklah ketiga-tiga mereka ini kita berikan kad merah, hanya rakyat mampu “rehatkan” mereka dan hentikan politik putus silaturrahim ini.

Kita wajar meneruskan usaha membina semula negara dan meninggalkan politik pecah belah, adu domba dan fitnah sesama sehingga tergamak menggunakan apa jua cara termasuk menunggang agama, menunggang bangsa dan sambil memberi ancaman putus silaturrahim semahunya, hanya kerana parti berbeda.

Sdr.,
Malaysia berhak bangkit.
Malaysia berhak berubah.
Malaysia berhak maju berwibawa.

Buat para sahabat yang bersama menjadi mangsa, kita berdoa semoga AlLah berikan kita keadilan dan pembelaanNya, meningkatkan maqam dan menganugerahi kita hikmah dan kebijaksanaan serta hati-hati yang bersih untuk terus berjuang demi negara dan rakyat semua.

Terus Bangkit & UBAH!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar