Sokongan BN pada PN hanya untuk tubuh kerajaan ‘pintu belakang’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), hanya melibatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Pengerusi BN itu berkata demikian susulan pengumuman MIC hari ini untuk tidak menyertai PN, namun parti komponen BN itu akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Namun, parti-parti di bawah BN, UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu.

“Ini bererti biarpun PN mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, MIC bukan lagi sebahagian Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di ‘bilik gerakan’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dekat Tanjung Malim, hari ini.

Setiausaha Agung MIC Datuk M. Asojan Muniandy dilapor berkata, parti itu mulanya setuju menyertai pendaftaran PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, calon UMNO dan PBRS akan menggunakan lambang BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

“Ertinya parti-parti yang lain kami tidak merasakan bahawa mereka akan menggunakan lambang BN setakat ini, kerana PN buat pertama kali akan cuba menggunakan lambang itu dalam PRN Sabah,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 Sept manakala penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar