Usaha Pas gabung Umno bermula selepas kematian Nik Aziz atas arahan Hadi – Takiyuddin

KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan PAS dan Umno perlu dipertahankan sampai bila-bila sebagai benteng kekuatan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Agung, PAS Dato’ Takiyudin Hassan berkata, generasi muda hendaklah mempertahankan MN sebagai kesinambungan perjuangan pada masa akan datang.

Katanya, orang Melayu di negara ini tidak mampu berpecah, lebih- lebih lagi mengulangi sejarah lama yang pernah berlaku sebelum ini.

“Selama kira kira 60 tahun orang Melayu berpecah merupakan tempoh yang begitu panjang. Biarpun begitu PAS dan Umno pernah bekerjasama dalam kerajaan campuran pada 1972 sebelum menyertai kerajaan Barisan Nasional pada 1974.

“Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam.

Ketika mengimbau apa yang berlaku itu ada ketikanya beliau hilang kata-kata kerana ditenggelami perasaan hiba terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

Menurutnya empat tahun usaha ke arah penyatuan orang di negara ini dilaksanakan sehingga akhirnya menjadi kenyataan pada 14 September 2019.

Kata beliau dalam tempoh tersebut pelbagai fitnah dilempar pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan orang Melayu.- HARAKAHDAILY 9/8/2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar