APAKAH KERAJAAN SEKARANG SUDAH JATUH MISKIN?

Semalam, Perdana Menteri berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP bagi kegunaan mereka untu menghadapi kesukaran ketika Covid19 melanda ini.

Kata Muhyiddin Yassin, meskipun banyak permintaan ke arah itu, kerajaan melihat jika perkara itu dibenarkan, ia akan memberi kesukaran kepada rakyat di masa hadapan.

Tetapi, bagi majoriti rakyat yang sedang terbeban kehidupan mereka sekarang ini, dapat mengeluarkan RM10 ribu daripada simpanan KWSP tentu saja dapat menyelesaikan banyak masalah hidup mereka.

Lagi pun, bukankah wang itu wang pencarum juga?

Jadi, apa masalahnya jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri?

Tambahan lagi, yang dipohon untuk dikeluarkan hanya RM10 ribu, bukan separuh atau keseluruhan daripada simpanan yang ada dalam Akaun 1 KWSP itu.

Kalau suami isteri bekerja, bermakna dapatlah mereka mengeluarkan RM20 ribu dan pasti banyak masalah kehidupan dan bil-bil tertunggak dapat diselesaikan.

Pelik juga kenapa kerajaan keberatan untuk membenarkannya?

Benarkah kerajaan begitu memikirkan kehidupan rakyat selepas mereka bersara atau kerajaan sendiri mahu meminjam wang tersebut?

Masih ada lagikah sebenarnya wang rakyat dalam Akuan 1 KWSP sekarang ini?

Atau hanya tinggal kertas dan angka saja?

Kemudian tersebar pula surat Felda yang mewajibkan para peneroka memberi sedekah sebanyak RM300 setiap seorang.

Ehhh…sejak bila bersedekah sudah jadi hukum wajib?

Walaupun Pengerusi Felda, Idris Jusoh menjelaskan, sedekah itu bukan paksaan dan tidak diwajibkan, hakikatnya perkataan “diwajibkan” sudah jelas tertulis dalam surat yang kini viral di media sosial itu.

Adakah Felda sekarang sudah jadi miskin dan peneroka lebih kaya sehingga mereka diwajibkan bersedekah?

Dalam konteks yang lebih luas, sama seperti tidak membenarkan wang KWSP dikeluarkan, adakah semua ini menunjukkan kerajaan benar-benar ketiadaan wang dan sudah jatuh miskin sekarang ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar