Cetak duit: 'Wan Fayhsal cerminan akal sengkek kepimpinan negara'


Apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melontarkan 'teori cetak duit' dan pengampunan hutang, ramai yang tampil mengkritik pendapat ketua Armada Bersatu itu.

Bagaimanapun, pemimpin Pejuang yang masih dalam pendaftaran, Tariq Ismail berkata senator Bersatu itu cuma manifestasi kedangkalan pemikiran yang melanda kepimpinan negara sekarang.

Jelas Tariq, dari segi penjelasan yang diberikan oleh Wan Ahmad Fayhsal mengenai perkara itu di sebuah stesen radio tempoh hari juga adalah kabur.

"Dari segi penjelasan diberi, jelas sekali senator teramat kabur akan kenyataan permasaalahan 'problem statement' yang melanda negara.

"Mungkin ini bukan salah beliau semata-mata tetapi mencerminkan akal sengkek yang membelenggu kepimpinan negara sekarang," katanya.

Tariq juga menyarankan Wan Fayhsal supaya meneliti penstrukturan semula hutang negara yang dilakukan sekitar tahun 1997 hingga 2010 yang tidak memerlukan kepada pencetakan wang.

Menurutnya lagi, teori yang digunakan ketua pemuda Armada Bersatu itu berorentasikan idea barat.

"Di sini, ingin saya mengesyorkan kepada Senator supaya menyelidik dengan teliti, kenapa penstrukturan semula hutang di Malaysia di sekitar tahun 1997 hingga 2010 tidak memerlukan pencetakan wang helikopter di Malaysia walau ia dilakukan di Amerika Syarikat sejak berdekad.

"Terutama sekali apabila diambil kira persekitaran ekonomi dan kewangan Malaysia yang amat berbeza dengan ekonomi-ekonomi disebalik teori MMT terutama di Amerika Syarikat.

"Kemungkinan senator dan Pemuda PPBM yang mendokong beliau sebenarnya 'Anglophile' (pemuja Inggeris) tegar di sebalik topeng 'Melayu first'. Sebab itulah mudah termakan segala teori gila mat salleh yang dunia mereka hanya di barat," katanya [ada satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal mempertahankan cadangannya bagi membantu rakyat dengan cara “pengampunan hutang” dan mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada orang untuk dibelanjakan.

Dalam satu hantaran Facebooknya, Wan Ahmad Fayhsal berkata bahawa pengkritiknya “salah faham” dengan cadangannya dan membuat andaian palsu.

"Nampak ramai salah faham dalam mengkritik berkenaan “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang saya kupas tempoh hari dalam bahasa Inggeris dalam siaran BFM.

"Jujur tajuk ini memang teknikal dan perlu perbincangan lanjut dan asas tentang asal usul wang, dan perbankan moden.

"Kalau tidak jelas, maka jadilah andaian-andaian palsu kononnya akan berlaku hiper-inflasi seperti Zimbabwe. Ini tidak tepat," katanya.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar