Peguam Negara PN perlu perjelas keputusan lepas tanpa bebas kes rasuah RM1juta Ku Nan..!

 

Majlis Peguam Malaysia menuntut Peguam Negara Idrus Harun memberikan penjelasan telus di sebalik keputusan beliau untuk memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan Mansor atas tuduhan rasuah RM1 juta.

Tuntutan itu menyusul selepas beberapa peguam mempertikaikan keputusan Idrus tidak meneruskan pendakwaan terhadap Tengku Adnan untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan berdasarkan perkembangan baru yang tidak dinyatakan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Peguam kesal kerana pihak pendakwaraya tidak menyatakankan tempoh siasatan tambahan itu atau kenapa tindakan itu diambil sejurus sebelum perbicaraan disambung semula hari ini.

“Memandangkan keadaan ini, Majlis Peguam menggesa Peguam Negara untuk menyatakan secara terperinci mengenai ‘perkembangan baru’ yang dimaksudkannya yang membawa kepada Tengku Adnan dilepas tetapi tidak dibebaskan,” kata badan penyelia peguam itu.

“Kami mengambil pendirian bahawa pendakwa raya dalam melaksanakan kuasa-kuasa perlembagaannya, menangguhkan pendakwaan seorang berprofil tinggi, perlu tampil memberikan sebab-sebab sah, rasional dan meyakinkan untuk keputusannya

Majlis itu berkata, masyarakat berhak mendapatkan penjelasan terperinci di sebalik permohonan peguam negara untuk memohon Tengku Adnan dilepaskan tanpa dibebaskan.

“Kepercayaan awam terhadap peguam negara akan terhakis berikutan penarikan pertuduhan jenayah terhadap Tengku Adnan,” kata peguam hari ini.

A Srimurugan berkata, persepsi negatif seperti itu boleh dielakkan kerana ia merupakan kes berprofil tinggi dan menarik perhatian orang ramai sepanjang dua tahun ini.

“Perkembangan yang berlaku hari ini benar-benar menghakis kepercayaan awam terhadap peguam negara, sekali gus menimbulkan banyak spekulasi,” katanya kepada FMT.

Peguam itu memberi respons terhadap keputusan Mahkamah Tingi melepas tanpa membebaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berhubung kes rasuah RM1 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pelepasan pihak pendakwaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa ia tidak mahu meneruskan perbicaraan berikutan beberapa “perkembangan baru”.

Julia kemudian memohon perintah “melepas tanpa membebaskan” terhadap Tengku Adnan, atau lebih dikenali dcengan panggilan Ku Nan, dengan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan masa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

Ku Nan dituduh menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon supaya meluluskan permohonan Nucleaus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Developmen Sdn Bhd) untuk menambah nisbah plot industry sekeping tanah di Jalan Semarak.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di cawangan Bank CIMB di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Dis 2013.

Tahun lepas, Nazlan mengenakan denda sebanyak RM1.5 juta ke atas Tan kerana bersubahat dengan Tengku Adnan dalam menerima rasuah RM1 juta di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan bekas menteri itu ditangguh lebih setahun berikutan tindakan Ku Nan membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan Nazlan atas alasan bias, selain wabak Covid-19.

Srimurugan berkata, keputusan melepaskan bermakna pendakwaan mempunyai kuasa budi bicara untuk meneruskan atau tidak meneruskan pertuduhan sama dan ia tidak dihadkan oleh tempoh masa.

“Berikutan keadaan itu, hakim perbicaraan tidak boleh berbuat apa-apa dan kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu badan kehakiman. Ia tertakluk kepada kuasa budi bicara peguam negara seperti ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, Peguam Negara Idrus Harun perlu memberikan penjelasan, walaupun mengakui Ku Nan didakwa semasa Tommy Thomas menjawat jawatan itu.

Peguam M Visvanathan bersetuju bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan itu akan menghakis kepercayaan terhadap peguam negara, dengan berkata, titik masa untuk tidak meneruskan perbicaraan menjadi menarik berikutan perkembangan politik yang berlaku, termasuk gesaan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Visvanathan berkata, di bawah Perkara 145(1), Yang Di-Pertuan Agong melantik peguam negara atas nasihat perdana menteri.

“Realitinya peguam negara dilihat akur kepada kerajaan semasa walaupun pelantikannya dibuat oleh Agong,” katanya.

Beliau berkata, di bawah Perkara 145(3), peguam negara mempunyai kuasa budi bicara mutlak untuk merangka, menjalankan atau menarik pertuduhan jenayah dan beliau tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Bagaimanapun atas nama ketelusan dan akauntibiliti, ada baiknya beliau memberi penjelasan kepada orang ramai,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu