“NEGARA BOLEH BINASA JIKA PEMIMPINNYA KHIANAT”

 


Perkara penting mendirikan sesebuah bangunan .. “foundation” nya mesti kukuh. Nescaya bangunan itu terdiri teguh.

Demikian mendirikan sesebuah kerajaan. Jika didirikan di atas asas khianat dan mengambil yg bukan hak kita maka tiadalah rahmah dan barokah.

Hasilnya kerajaan itu sentiasa dihimbau bimbang dan takut. Juga tidak ujud kestabilan politik. Kerajaan jadi lemah. Pentadbiran kucar kacir bila dilanda ujian.

Berilah apa jua justifikasi dan dalil terpilih bersandar agama kerajaan itu tidak akan dapat mengembalikan kekuatannya, apalagi kepercayaan rakyat.

Maka sambungan hayatnya .. gantung parlimen dan mohon darurat dgn alasan melawan covid19. Hari ini kita bersaksi kes covid terus meningkat !

Benarlah pesanan saidina umar alkhatab” negara yg makmur sekalipun boleh binasa jika pemimpinnya khianat”

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Setiausaha Agung PKR/Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar