TINDAKAN UNDANG UNDANG KEATAS IKAN JERONG, SELAYANG DAN BILIS
1. Pada 17 hb Februari 2021, mahkamah Majistret Kuala Terengganu sepatutnya mendengar pendakwaan kes EXCO Kerajaan Tempatan Terengganu, Dr. Alias Razak, kerana gagal menyerah simpan penyata kewangan tahunan 2018 syarikat Kelana Jaya Medical Center di mana beliau adalah salah seorang pengarah.
2. Syarikat Kelana Jaya Medical Center adalah sebuah anak syarikat kepunyaan TDM BHD, iaitu sebuah syarikat utama kerajaan Negeri Terengganu. Jika didapati bersalah beliau berdepan denda sehingga RM50,000, namun beliau tidak menghadiri mahkamah atas alasan ada mesyuarat EXCO Negeri.
3. Sejak tahun lepas lagi saya telah meminta penjelasan isu terhadap berita bertiup kencang TDM BHD, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia, tidak mengemukakan penyata kewangan untuk tiga tahun berturut turut bagi tahun 2018 2019 dan 2020.
4 Sehingga hari ini kerajaan negeri Terengganu melalui menteri besar atau pun pengerusi TDM, Raja Idris Raja Kamaruddin sendiri, tidak menafikan atau mengesahkan hal tersebut.
5. Saya anggap perkara ini amat aneh kerana tiada respon atas berita kerana ada implikasi berat kepada reputasi syarikat tersenarai di Bursa Saham.
6. Lebih aneh lagi apabila tindakan undang undang telah diambil keatas syarikat Kelana Jaya Medical Center milik TDM yang tidak mengemukakan satu tahun penyata kewangan iaitu untuk 2018, tetapi syarikat induk TDM sendiri yang jauh lagi besar dengan aset melebihi RM1 Billion yang melanggar peraturan selama 3 tahun berturut turut tidak dikenakan apa apa tindakan oleh Suruhnjaya Syarikat Malaysia - SSM.
7. Adakah wujud campur tangan dari pihak politik atasan yang menghalang SSM mengenakan tindakan ke atas TDM kerana menteri besar Terengganu adalah Pengerusi Terengganu Inc., pemegang saham terbesar TDM ?
8. Kerana kerajaan Negeri dan TDM telah membisu lebih setahun isu ini, rakyat yang percaya SSM cuba menjalankan tugas secara profesional, ingin bertanya adakah SSM telah mengambil perjalanan sepatutnya dan hasil tindakanya ?
9. Selepas berita tindakan SSM keatas anak Syarikat TDM Kelana Jaya Medical Center, kami percaya semua pemegang saham TDM bimbang serta risau ingin tahu situasi TDM sendiri pula.
10. Tadbir urus- 'good governance' mesti wujud dalam syarikat milik awan TDM yang memiliki aset lebih RM1 billion.
11. Adakah apa yang berlaku ini contoh nasib malang di antara 3 darjat ?
12. Kita pernah mendengar kisah anak muda rider motor Food Panda sedang bekerja disaman ribuan ringgit kerana berhenti makan tepi jalan, tetapi menteri penuh yang menjamu selera puluhan orang tidak disaman satu sen pun.
13. Kini kita dengar pula kes EXCO kerajaan negeri dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan syarikat beliau tidak mengemukakan penyata kewangan hanya setahun, sementara syarikat gergasi bernilai berbillion ringgit di kuasai oleh menteri besar yang membuat kesalahan yang sama selama 3 tahun berturut turut tidak pun dikenakan tindakan yang sama !
14. Rupa rupanya dalam lautan politik hari ini ada beberapa kategori jenis ikan. Ada diantara mereka ikan bilis dan jerung, ada pula ikan selayang yang tidak sekebal dan memiliki imuniti setinggi menteri biasa atau menteri Besar.
15. Rakyat marhen bukan mengharap untuk kekebalan, tapi hanya untuk sedikit keadilan dari Abah untuk anak anak Mak Chik Kiah yang berkerja di tengah tengah panas dengan Food Panda menghantar makanan kepada kita yang berkurung di rumah.
Senator Raja Kamarul Bahrin Shah
Pengerusi
AMANAH Negeri Terengganu
Ulasan
Catat Ulasan