Siasat pelanggaran SOP ‘fun ride’ Zuraida..!!


 Dua peguam dan seorang Ahli Parlimen menggesa pihak berkuasa membuat siasatan bebas terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan minister Zuraida Kamaruddin kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan berkaitan acara ‘fun ride.’

Mereka berkata, penguatkuasaan peraturan PKPB mesti dilakukan secara saksama untuk semua, selepas netizen mengkritik tindakan Ahli Parlimen Ampang itu kerana mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilihat dilarang mengikut PKPB kini.

Hantaran di Facebook semalam menunjukkannya melepaskan acara dilihat seperti kayuhan ‘fun ride’ di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ironinya, Zuraida mendakwa program itu antara usaha kerajaan untuk memberi ‘maklumat mengenai cara menangani pandemik dan norma baharu’ kepada orang awam.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua aktiviti termasuk perhimpunan besar yang menyukarkan penjarakan sosial adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk acara larian, kayuhan, maraton, triatlon dan lain-lain lagi.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata tidak jelas apa yang boleh dikatakan ‘fun ride’ berdasarkan standard ditetapkan MKN, dan sama ada acara melibatkan Zuraida itu memang melanggar SOP.

“Tiada maklumat menyeluruh mengenai apa yang dikategorikan acara sosial yang boleh diadakan, atau apa had sebenarnya. Semua orang keliru,” katanya.

Memandangkan kerajaan meminta orang ramai duduk di rumah melainkan perlu keluar, Rafique berkata ini menunjukkan masih ada ‘dwistandard.’

“Kita ada menteri yang secara terbuka bercakap mengenai menghadiri acara seperti ini dan memuat naik di media sosial yang mencetuskan kemarahan orang ramai. Bagi rakyat Malaysia yang biasa, polis pasti akan mengetuk pintu rumah mereka,” katanya.

Rafique turut mempertikaikan sama ada mereka yang menyertai acara itu juga boleh dikenakan denda RM10,000 kerana melanggar SOP, kerana gambar yang menyertai hantaran di Facebook itu menunjukkan beberapa individu yang tidak memakai pelitup muka.

Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii menyuarakan kebimbangan dengan ‘dwistandard’ penguatkuasaan SOP, terutama apabila melibatkan menteri Perikatan Nasional (PN).

“Dalam pada kita melihat ratusan orang didenda sehingga RM10,000 kerana didakwa melanggar SOP, kurang pula tindakan dilihat terhadap golongan VVIP, walaupun ada bukti jelas,” katanya kepada FMT.

Walaupun Yii menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti sihat, beliau berkata tidak perlu mengadakan acara berskala besar yang mampu mencetuskan risiko kluster Covid-19 lagi.

Katanya, penting untuk pihak berkuasa menyiasat perkara itu untuk mengukuhkan keyakinan umum terhadap sistem selain memastikan semua orang mematuhi SOP.

Peguam A Srimurugan pula berkata, fakta bahawa acara seperti itu akibat kegagalan kerajaan mgaris panduan jelas mengenai apa yang dibenarkan dan sebaliknya.

Srimurugan menambah, tidak adil untuk menghukum orang awam apabila menteri sendiri nampak tidak mematuhi SOP.

“Malah, mereka sepatutnya lebih dipertanggungjawabkan. Undang-undang mesti dikuatkuasakan secara saksama untuk semua, termasuk menteri,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu