Skandal 1MDB: Kerajaan Malaysia terima penyelesaian AS$3.9 bilion dari Goldman Sachs

 

Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Malaysia (GOM) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui penerbitan tiga bon.

Ketiga-tiga penerbitan bon tersebut adalah Nota Jaminan 5.99 peratus berjumlah US$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd; Nota Jaminan 5.75 peratus berjumlah US$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd; dan Nota 4.40 peratus berjumlah US$3 bilion yang tamat tempoh pada 2023 yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investments Ltd.

“Berikutan pengakuan bersalah Tim Leissner pada 28 Ogos 2018 kerana bersubahat untuk melakukan pengubahan wang haram dan bertujuan melanggar US District Foreign Corrupt Practices Act dengan membayar rasuah kepada sebilangan pegawai serta mengelak kawalan perakaunan dalaman entiti Goldman Sachs Group (GSG) di hadapan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Daerah Timur New York, Goldman Sachs Malaysia Sdn Bhd juga disoal siasat oleh SC.

“Ini kerana Tim Leissner merupakan seorang ahli lembaga pengarah ketika itu. Oleh kerana siasatan SC menjadi sebahagian daripada rundingan penyelesaian GOM bersama GSG, pasukan SC memberikan input dan sokongan kepada Peguam Negara sepanjang rundingan tersebut yang membawa kepada penyelesaian dengan GSG sebanyak US$3.9 bilion,” SC berkata di dalam Laporan Tahunan Sekuriti Malaysia 2020 dikeluarkan hari ini.

Persetujuan penyelesaian termasuk antara lain, GSG membuat pembayaran tunai sebanyak US$2.5 bilion dan memberi jaminan pemulihan aset berjumlah US$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar